NIKMATI ‘KCON:TACT 3’ DAN JUGA PELUANG MENANG PERTEMUAN MAYA BERSAMA BINTANG PENTHOUSE, KIM YOUNG DAE HANYA DI ASTRO

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 Astro, semua pelanggan Astro dapat menikmati peluang eksklusif untuk strim siaran langsung, KCON: TACT 3, festival muzik terbesar di dunia yang meraikan budaya pop dan hiburan Korea, dari jam 8 malam setiap hari bermula 20 hingga 28 Mac 2021, secara eksklusif di aplikasi Astro GO tanpa sebarang caj tambahan.

Peminat K-pop dapat melihat satu gabungan persembahan secara langsung yang mengujakan serta sesi bertemu peminat yang menampilkan idola K-pop terhangat seperti AB6IX, A.C.E, ATEEZ, BTOB, Dreamcatcher, ENHYPEN, EVERGLOW, HA SUNG WOON, HyunA, iKON, ITZY, JESSI, JO1, KANG DANIEL, LEE JIN HYUK, LOONA, MAMAMOO, OH MY GIRL, P1Harmony, SF9, Stray Kids, SUNMI, THE BOYZ,  TOMORROW X TOGETHER, TOO dan WOODZ (Cho Seung Youn).

Di samping itu, peminat dapat menikmati kandungan khas termasuk rakaman di belakang tabir yang memperlihatkan persiapan persembahan dari beberapa idola K-pop kegemaran mereka dan kandungan pra-rakaman terpilih yang menampilkan lebih daripada 26 artis dan selebriti K-pop.

Semua rakyat Malaysia juga boleh memuat turun aplikasi percuma Astro GO dan padankan ke akaun Astro keluarga atau rakan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menghubungkan aplikasi Astro GO, lawati product.astro.com.my/astrogo atau lihat video ini.

Muat turun Astro GO sekarang dan strim KCON:TACT 3

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 Astro, semua pelanggan Astro juga boleh ambil bahagian dalam ‘ONEderful Day with Kim Young Dae’, sebuah pertandingan dengan kerjasama saluran hiburan Korea terkemuka, ONE, menawarkan peluang bertemu secara tertutup bersama Kim Young Dae, bintang popular dari K-drama ‘Penthouse 2’, melalui sesi perjumpaan maya eksklusif.

Pertemuan maya tertutup yang eksklusif ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 dari jam 2.45 petang hingga 3.40 petang.

Pelanggan boleh mengambil bahagian dari sekarang hingga 21 Mac 2021 dengan melayari laman web promotions.astro.com.my dan menjawab dua soalan mudah. Walaupun terbuka untuk semua pelanggan Astro, penyertaan dari pelanggan Pek Korea menggandakan peluang mereka untuk menang.

Dari penyertaan yang diterima, empat belas pelanggan Astro akan dipilih sebagai pemenang untuk pertemuan maya eksklusif ini. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mac melalui laman web yang sama.

Layari promotions.astro.com.my untuk ambil bahagian sekarang.

Share on facebook
Share on twitter