Para pelanggan Astro boleh menikmati drama Korea terbaharu dan lebih banyak program Korea kegemaran termasuk drama romantis yang mengasyikkan, seram mendebarkan, dan rancangan realiti yang menyeronokkan pada Februari ini, di keselesaan kediaman menerusi TV, On Demand dan Astro GO.

Peminat boleh strim drama Korea dengan episod baharu pada hari sama dengan Korea, termasuk:
- Siri drama Korea yang dinantikan, Penthouse Musim 2, menampilkan Lee Ji-Ah, Kim So-Yeon, Eugene (Kim Yoo Jin), Uhm Ki-Joon, Yoon Jong-Hoon, and ramai lagi. Peminat juga boleh menikmati Penthouse Special dengan pendedahan menarik tentang rakaman di belakang tabir dari musim pertama dan sesi perkongsian bersama bintang siri ini.
- Drama romantis, Love Scene Number#, dibintangi oleh Lee So-Yeon, Kyung Sung-Hwan, Choi Kyung Soo-Jin dan ramai lagi.
- Siri drama misteri Korea yang mendebarkan, Mouse, menampilkan Lee Seung-Gi, Lee Hee-Joon, Park Joo-Hyun, Kyung Soo-Jin dan ramai lagi.
- Drama seram mendebarkan, Miss Monte-Cristo, dibintangi oleh Lee So-Yeon, Kyung Sung-Hwan, Choi Yeon-Jin, Lee Bo Hyun dan ramai lagi.

Peminat K-pop juga boleh strim dan berhibur dengan tayangan perdana program muzik menarik dan program kegemaran yang dibintangi oleh K-idol terhebat termasuk:
- Show! Music Core, sebuah program dengan persembahan pentas secara langsung hanya 24 jam daripada Korea, menampilkan bintang K-idol terkenal seperti IZ*ONE, Stray Kids, Momoland, BTS, (G)I-dle, dan ramai lagi. Program ini dihoskan oleh Chani (Kang Chan-Hee), dari kumpulan ‘SF9’, Hyunjin, penyanyi rap dari kumpulan ‘Stay Kids’, dan Kim Min-Ju, juga dikenali sebagai ‘Minju’ dari ‘Iz*One’, kumpulan hebat gabungan penyanyi Korea dan Jepun.
- Crazy Ramyun Recipe, tayangan perdana program Korea yang menyajikan resipi ramyeon yang baharu dan menarik, dibintangi oleh Kim Jong-Kook, Ha Ha, Seo Jang-Hoon, dan Sung Shi-Kyung.
- Tayangan perdana musim ke-8, I Can See Your Voice, program nyanyian popular yang menampilkan selebriti dan hos terkenal seperti Kim Jong-Kook, Yoo Se-Yoon dan Leeteuk, di mana mengetengahkan perserta-peserta berbakat dalam musim baharu.
Selain itu, pelanggan Astro juga dapat strim Train to Busan Presents: Peninsula, sebuah filem seram zombie dan sekuel daripada filem zombie ‘Train to Busan’ yang popular, menampilkan bintang Korea terkenal seperti Kang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Lee Re, dan ramai lagi.
