Airbnb Meraikan Dunia Muzik Pop Korea Dengan Inside K-Pop

Airbnb meraikan industri muzik pop Korea yang popular dengan penampilan di sebalik tabir K-Pop. Dianjurkan oleh idola yang berada di tangga teratas carta, Monsta X dengan kerjasama Warner Music Korea, Inside K-Pop Airbnb akan memberikan pas belakang pentas untuk genre muzik yang telah mencipta populariti di pentas antarabangsa. Ini turut disokong oleh hos Airbnb yang menawarkan pelbagai pengalaman muzikal dari seluruh dunia dan perspektif dalaman mengenai makanan, fesyen dan budaya Korea, selain penginapan yang bertemakan muzik.

Inside K-Pop akan berlangsung dari 25-30 Januari 2021, menampilkan 14 Pengalaman Online unik yang ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Korea, Cina atau Jepun. Daripada latihan tarian hingga latihan vokal, tutorial solekan hingga tip penggambaran, tetamu boleh mengalami sendiri latihan ketat seperti bintang K-Pop kesukaan mereka. Sesetengah Pengalaman Online akan memberikan gambaran yang jarang ditemui kepada tetamu. Antaranya ritual harian anak didik K-Pop pada waktu santai, termasuk membuat gelang manik sebagai cara untuk berehat dan bersantai, dan berbual Ketika mukbang (makan di hadapan penonton). Harga yang dikenakan kepada semua Pengalaman Online ialah USD20 setiap satu dan pengalaman boleh ditempah mulai 21 Januari jam 7 pagi waktu Malaysia atas dasar tiba dahulu layan dahulu di www.airbnb.com/insidekpop.

Monsta X

Di kala konsert di seluruh dunia telah dibatalkan dan tempat muzik kekal ditutup untuk jangka masa yang akan datang, Inside K-Pop akan membawa tetamu ke jalan-jalan sekitar Seoul, pusat kebangkitan K-Pop.

Handong dari Dreamcatcher

Inside K-Pop ialah pasport maya kepada keajaiban Seoul pada masa perjalanan kekal terhad, menawarkan akses kepada beberapa nama terbesar K-Pop.Kami amat teruja untuk membawapengembara berhubung dengan komuniti yang meriah ini dan melihat keseronokan yang akan dibawa oleh bakat luar biasa ini kepada khalayak global sebagai hos Pengalaman Online Airbnb,” kata Catherine Powell, Ketua Pengehosan Global Airbnb.

“Kami teruja bekerjasama dengan Airbnb untuk Inside K-Pop, kempen yang akan mengangkat dunia muzik pop Korea di mata dunia. Hubungan kami yang erat dengan bakat Korea yang digilap di negara mereka sendiri membolehkan kami merekrut beberapa bintang paling cemerlang untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang hebat ini,” kata Clayton Jin, CEO Warner Music Korea.

The Boyz

Pengalaman Airbnb yang dilancarkan pada tahun 2016 merupakan aktiviti unik dan tidak mudah dilupakan yang dirancang dan dikendalikan oleh warga tempatan yang bukan sekadar lawatan atau bengkel biasa, memberikan pengalaman yang mendalam mengenai minat dan minat hos, dan cara yang berbeza untuk mengalami destinasi. Sejak dilancarkan pada bulan April 2020, Pengalaman Online menawarkan platform di mana hos mempunyai cara untuk menjana pendapatan dan tetamu mempunyai cara untuk menjalin hubungan tanpa meninggalkan kediaman mereka. Dalam dunia yang telah berubah secara radikal dari segi cara kita mengembara, menjalani kehidupan dan bekerja, platform ini adalah portal penting dalam memupuk hubungan dan kebersamaan. Untuk maklumat lanjut, layari airbnb.com/online-experiences.

#  #  #

Tentang Airbnb

Airbnb ialah komuniti berdasarkan hubungan dan kebersamaan—komuniti yang bermula pada tahun 2008 apabila dua hos mengalu-alukan tiga tetamu ke kediaman mereka di San Francisco, dan sejak itu telah berkembang kepada 4 juta hos yang telah mengalu-alukan lebih 800 juta ketibaan tetamu ke kira-kira 100,000 bandar di hampir setiap negara dan rantau di seluruh dunia. Hos di Airbnb adalah orang biasa yang berkongsi dunia mereka untuk membuat tetamu rasa terhubung dan selesa seperti di rumah sendiri. Di Airbnb, kami percaya bahawa semua hos, tetamu dan komuniti tempat kami beroperasi adalah pihak berkepentingan yang kami bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan, dan dengan berkhidmat kepada mereka bersama pekerja dan pelabur kami, kami akan membina syarikat yang berjaya.