Nikmati ‘2020 Mnet Asian Music Awards’ (MAMA) secara langsung di Astro

Acara anugerah tahunan anjuran stesen televisyen TVN, Mnet Asian Music Awards (MAMA) kembali lagi untuk edisi tahun 2020.

Anugerah ‘2020 MAMA‘ yang sebelum ini diadakan di pelbagai lokasi sekitar Asia, kini bertemakan ‘New-Topia’ dan akan diadakan secara maya buat pertama kalinya. ‘2020 MAMA‘ akan menghubungkan artis-artis bersama para peminat melalui ikatan kuat muzik, di musim norma baharu ini. Para peminat K-pop dapat menikamati pesta muzik antarabangsa dan anugerah ini dengan selamat di rumah mereka.

Semasa anugerah ‘2020 MAMA‘, peminat dapat menikmati persembahan yang menarik dari idola K-pop terhangat termasuk BTS, TWICE, NCT, SEVENTEEN, IZ*ONE, TREASURE, TXT, MONSTA X, MAMAMOO, GOT7 dan ramai lagi.

Semua peminat K-pop boleh strim anugerah muzik terhangat di Asia ini secara langsung pada 6 Disember, jam 3 petang untuk sesi Karpet Merah dan jam 5 petang untuk siaran anugerah ‘2020 MAMA‘ di tvN HD (saluran 395) dan Astro GO.

Para peminat K-pop boleh terus membuat undian di laman web rasmi MAMA sehingga 5 Disember 2020 untuk calon idola K-pop kegemaran anda dalam 18 kategori termasuk Artis Terbaik tahunan, Lagu Terbaik tahunan, Album Terbaik Tahunan, Ikon Terbaik Seluruh Negara, Pilihan Peminat Seluruh Negara, Muzik Video Terbaik dan banyak lagi.

Link undian 2020 MAMA: https://mama.mwave.me/en/vote

Twitter Rasmi 2020 MAMA: https://twitter.com/MnetMAMA

Twitter Rasmi Astro: https://twitter.com/astroonline

Share on facebook
Share on twitter