Joyce Chu Berjaya Mara Peringkat Akhir CHUANG 2020!

Joyce Chu Berjaya Mara Peringkat Akhir CHUANG 2020!
Hanya Empat Hari Lagi Untuk Mengundi Peserta Tunggal Dari Malaysia Di WeTV



Kuala Lumpur, 30 June 2020 – Peserta dari Malaysia, Joyce Chu, telah mara ke peringkat akhir CHUANG 2020. Kini di kedudukan nombor 8 daripada 15 finalis, beliau hanya kini selangkah ke arah memenangi tempat dalam kumpulan pop antarabangsa wanita yang terdiri daripada tujuh orang anggota. Warga Malaysia boleh membantu merealisasikan impian gadis tempatan kita dengan mengundi secara eksklusif di aplikasi WeTVapp mulai dari hari ini hingga hari Sabtu, 4 Julai.
Dengan hanya tinggal empat hari lagi, setiap undi adalah bernilai. Setiap orang hanya boleh mengundi untuk seorang pelatih sahaja setiap hari. Sekiranya anda adalah pelanggan VIP, anda akan mendapat dua kali ganda mata undian!



Joyce telah melonjak naik ke tangga ke-8 setelah persembahan “Sing It Once Every Morning” oleh beliau yang mengagumkan serta menarik perhatian semua. Beliau sekali lagi membuktikan versatiliti beliau kepada penonton serta peminat yang menonton kerana ini adalah kedudukan satu digit yang pertamanya dalam rancangan itu.

Pada peringkat akhir pertandingan, Joyce akan mempersembahkan pertunjukan berkumpulan untuk sebuah lagu berjudul “It’s A Bomb”. Nantikan persembahan Joyce pada peringkat akhir pada hari Sabtu, 4 Julai, jam 8 malam, secara eksklusif  di WeTV.

Teruskan mengundi kerana tempoh mengundi akan tamat pada hari Sabtu ini!
Latar belakang CHUANG 2020
CHUANG 2020 adalah satu siri pertandingan aneka ragam bagi membentuk kumpulan gadis pop yang didedikasikan sepenuhnya bagi mempamerkan keyakinan diri, keberanian, usaha gigih serta semangat, yang tinggi. Tao, Luhan, Mao Buyi dan Victoria Song akan menjadi jurulatih bagi gadis-gadis ini. Pertunjukan ini adalah di mana 101 peserta gadis akan bersaing untuk berpeluang menyertai kumpulan pop seramai tujuh orang. Ini adalah kali kedua Tencent Video telah membentuk kumpulan pop dengan menganjurkan satu pertunjukan bakat, di mana jumlah undian akhir akan memutuskan siapa yang bakal menembusi kumpulan hiburan Cina.



Latar belakang WeTV
Tencent Video adalah platform video dalam talian yang paling terkemuka di China dengan lebih daripada 100 juta pelanggan berbayar, dan WeTV adalah produk yang dilancarkan oleh Tencent Video untuk pengguna luar negara. Sejak tahun 2019, WeTV kini tersedia di pasaran ini: Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India, dan lain-lain. WeTV adalah platform perkhidmatan penstriman Cina pertama yang dilancarkan di pelbagai wilayah luar negara. Platform ini mengkhusus dalam kandungan bahasa Cina asli Tencent berkualiti tinggi dan terus mengembangkan kandungan berkualiti di negara serta wilayah Asia yang lain.
Ketahui lebih lanjut mengenai Chuang 2020 dan WeTV dengan mengikuti pautan media sosial di bawah::
Hashtag: #CHUANG2020
Share on facebook
Share on twitter