Kumpulan “rookie” yang telah membuat debut pada 28 Mei 2019, OnlyOneOf yang dianggotai oleh 7 orang anggota Kyubin, Love, Rei, Yoojung, Junji, Mill dan juga Nine telah memulakan misi jelajah mereka di Malaysia. “Only One Of Hit The Line Tour In Malaysia” bermula di Johor Bahru (Aeon Tebrau City Mall) pada 22 November 2019 dan berakhir di Sungei Wang Plaza, pada 24 November 2019 yang lalu.
Memulakan persembahan dengan lagu debut mereka “Savanna”, ternyata persembahan mereka mendapat sorakan hebat bukan sahaja peminat dari Malaysia, tetapi juga peminat yang hadir dari Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun. Ternyata OnlyOneOf mempunyai ramai peminat luar dari Korea Selatan. Sepanjang showcase mereka telah mempersembahkan beberapa lagu dari 2 album mereka iaitu, Time Leap,bOss, Time Machine & juga lagu “comeback” terbaru mereka Sage.
Peminat-peminat OnlyOneOf juga berpeluang mendekati mereka dengan lebih dekat, melalui sesi permainan yang di adakan di setiap showcase. Ternyata peminat amat teruja apabila dapat bersama-sama dengan anggota OnlyOneOf dalam sesi permainan tersebut. Onlyoneof juga bijak dan ramah melayan peminat-peminat mereka ketika sesi permainan tersebut. Peminat-peminat yang bertuah telah mendapat hadiah dari pihak penganjur dan OnlyOneOf mengambil gambar bersama-sama dengan peminat mereka.
Semasa sesi temuramah, MC telah bertanyakan beberapa soalan kepada OnlyOneOf. Love menyatakan ini merupakan kali pertama mereka di Malaysia dan beliau berharap dapat bersama-sama mencipta kenangan yang indah bersama peminat di Malaysia. “Aku Cinta padamu”- Love. Apabila MC bertanya pengalaman beliau sepanjang berada di Malaysia.
MC bertanya kepada Nine, siapakah antara anggota OnlyOneOf yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi? Beliau menjawab, KB dan Mill mempunyai minat yang tinggi terhadap feseyen dan mereka berdua mempunya citarasa fesyen yang hebat. Nine juga memaklumkan yang beliau lebih selesa memakai cardigan ketika di lapangan terbang.
Nine
Menjawab soalan temuramah lagi, apakah watak fiksyen yang ingin mereka inginkan, Junji menjawab yang beliau amat mengemari watak IronMan dan ingin menjadi seperti IronMan sekaligus mendapat sorakan yang kuat dari peminat.
Yoojung menjawab pertanyaan MC, berkenaan dengan soalan apakah nama timangan yang paling pelik pernah diberikan kepada beliau dan beliau menjawab, “ET”, kerana ia kedengaran seperti nama sebenar beliau.
Di lokasi terakhir showcase iaitu Sungei Wang Plaza, peminat telah membuat kejutan sambutan hari lahir Rie & Nine. Kedua-dua anggota tersebut yang tidak menyangka peminat akan bersama-sama menyambut hari lahir mereka. Kelihatan mereka cukup teruja dan berterima kasih kerana bersama-sama menyambut hari lahir mereka di Malaysia.
“OnlyOneOf Hit The Line Tour In Malaysia” juga menampilkan persembahan dari artis tempatan iaitu group Duo, 404 yang mempersembahkan cover lagu “Sorry” dari Justin Bieber dan single mereka bertajuk “LONELY’.
404 di Tebrau City
Showcase “OnlyOneOf Hit the Line Tour in Malaysia” berakhir dengan sesi fansign dan selfie bersama-sama dengan peminat. Rata-ratanya peminat OnlyOneOf yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan yang sesi bertemu peminat itu. Tahniah kepada penganjur yang menganjurkan banyak aktiviti yang melibatkan peminat dan OnlyOneOf untuk mereka simpankan segala memori mereka bersama peminat ketika mereka berada di Malaysia.
Semoga berjaya kepada OnlyOneOf dan diharapkan mereka akan kembali ke Malaysia dengan acara yang lebih besar dan mengujakan. Lagi untuk gambar-gambar OnlyOneOf sepanjang showcase, sila ke facebook kami di SINI.
Semoga berjaya kepada OnlyOneOf dan diharapkan mereka akan kembali ke Malaysia dengan acara yang lebih besar dan mengujakan. Lagi untuk gambar-gambar OnlyOneOf sepanjang showcase, sila ke facebook kami di SINI.