OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia 2019 akan berada di KL dan Johor Bharu November ini

Kumpulan lelaki rookie dari Korea Selatan, OnlyOneOf (온리원 오브) akan datang ke Malaysia pada bulan November ini untuk lawatan antarabangsa mereka yang pertama!
OnlyOneOf terdiri daripada Nine (vokalis, beatmaker, maknae), Mill (rapper), Rie (vokalis, penari), JunJi (vokalis, penari), Love (ketua, vokalis utama), YooJung (penari) dan KB (rapper, produser). Setiap ahli dipilih oleh Jaden Jeong berdasarkan kemahiran setiap ahli dan digabungkan menjadi satu kumpulan. Kemahiran seperti peningkatan prestasi, keperibadian yang berkarisma, dan kemahiran mengarang lagu yang luar biasa, tarian yang lincah dan bertenaga adalah antara ciri-ciri yang dicari oleh Jaden. Mereka memulakan kerjaya (debut) pada 28 Mei, 2019 dengan lagu yang bertajuk “savana”. Lagu ini telah tular di YouTube dan mendapat lebih daripada 10 juta tontonan dalam tempoh lima bulan, dan ini membuatkan OnlyOneOf sebagai salah satu kumpulan idol baru yang bakal menjadi trend untung dunia Kpop pada masa akan datang. 
Bermula dari titik kecil, OnlyOneOf terus kukuh untuk menyambungkan titik-titik itu untuk menjadikan ianya satu garisan dengan mengeluarkan mini album kedua mereka, [line sun goodness]. Album ini dihasilkan oleh komposer-komposer yang kreatif dan dihormati dalam industri pembikinan lagu iaitu Candace Sosa (BTS) dan BADD (LOONA), bersama-sama mereka, ahli-ahli OnlyOneOf juga turut menyumbang dalam penulisan lagu mereka. OnlyOneOf menggambarkan bunyi mereka sebagai Alternatif R&B dengan vokal intim dan lirik sensual yang meneroka kehidupan dunia remaja yang ditangkap di antara godaan dan perkembangan hidup.
Sekarang adalah masanya untuk peminat bertemu dan berinteraksi dengan 7 jejaka ini; YooJung, Mill, KB, Rie, Love, JunJi, dan Nine di  OnlyOneOf Hit The Line in Malaysia yang akan berlaku dari 22 November hingga 24 November 2019. Peminat mereka sudah pasti akan tertarik dengan pesona dan karisma mereka.
Anak-anak muda ini itu sangat teruja untuk bertemu dengan peminat mereka di Malaysia dan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menunjukkan persembahan yang sudah pastinya akan menjadi ingatan indah dan kepuasan hati peminat mereka. Apa yang korang tunggu lagi? Tandakan kalendar korang sekarang dan jangan ketinggalan untuk mencipta kenangan terbaik terbaik korang bersama OnlyOneOf!

Butiran Acara OnlyOneOf Hit The Line Tour in Malaysia 2019:

Tempat Tarikh Masa
Date
Time
Venue
22 November 2019
1.00pm
Centre Court, AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru
22 November 2019
7.30pm
Void Area, AEON Mall Bukit Indah, Johor Bahru
23 November 2019
2.00pm
Level 2, Fahrenheit88 Shopping Mall, Kuala Lumpur
23 November 2019
7.30pm
Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
24 November 2019
1.00pm
Centre Court, Concourse Floor, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
JUMPA DI SANA~!!
Share on facebook
Share on twitter