Astro dan Oh!K MengujaKAN Ribuan Peminat Dengan Lawatan Bintang ‘I Live Alone’
Sung Hoon MENYEMARAKKAN Pentas Sambutan Ulang Tahun Oh!K!
Malaysia, 23 October 2019 – Bintang I Live Alone, Sung Hoon membuat lawatan ke Malaysia baru-baru ini dengan sesi meet-and-greet bersama peminat. Bersempena sambutan ulang tahun Oh!K yang ke 5, lebih 3,000 peminat membanjiri 1 Utama Shopping Centre bagi melihat kelibat bintang Korea Selatan tersebut. Penuh dengan jeritan peminat, sesi meet-and-greet memaparkan rentetan pengalaman Korea termasuk bergambar berkumpulan, aktiviti pentas dan peluang hi-5 bersama selebriti kesayangan.
Sung Hoon yang juga dikenali sebagai ‘DJ Roiii’, mempersembahkan segmen istimewa buat ulang tahun Oh!K. Sung Hoon memulakan acara dengan mempersembahkan lagu hari ulang tahun yang didedikasi khas kepada saluran Oh!K. Ianya sebuah kejutan kepada peminat I Live Alone yang dapat menyaksikan kemahiran beliau menggunakan turntables secara langsung. Beribu peminat bersorak kegembiraan melihat Sung Hoon menyemarakkan pentas dan sekaligus berubah dari imej penyayang dan romantik kepada menjadi diri beliau yang sebenarnya!
Sering berkelakuan nakal dalam rancangan I Live Alone, ketika aktiviti pentas Sung Hoon menonjolkan kenakalan beliau kepada peminat di Malaysia. Sung Hoon membuat rakaman wakeup call kepada pemenang bertuah, mengambil gambar swafoto dan juga menandatangi hadiah kepada peminat. Tidak dilupakan beliau juga banyak berinteraksi dengan spontan bersama peminat di bawah pentas.
Beberapa jam sebelum bermulanya acara meet-and-greet Sung Hoon menyampaikan salam kepada peminat tempatan di Facebook Live session di laman Facebook Oh!K. Sung Hoon berkongsi kegembiraan selepas 2 tahun dapat kembali ke Malaysia dan beliau sedang mendalami Bahasa Inggeris bagi membolehkan beliau berkomunikasi dengan lebih baik dengan semua peminat beliau serata dunia. Sesi secara langsung Facebook tersebut mencatatkan hampir 1000 komen dari peminat.
Acara fan meet ini juga telah menyebabkan #SungHooninMalaysia telah menjadi topik bualan ramai di Twitter minggu lalu. Ianya memuncak ke tangga ke-2 dan kekal dalam senarai 10 teratas dalam negara berterusan selama 6 jam. Lawatan Sung Hoon ke Malaysia dibawakan khas dengan kerjasama Astro, dan ditaja oleh Nivea Micellar Water.
Disamping itu, saksikan bintang Sung Hoon pada hujung minggu sepanjang bulan Oktober, setiap Sabtu jam 10.50 malam di Oh!K (Astro saluran 394). Untuk melanggan Oh!K, sila lawati saluran 200 melalui kota PVR Astro.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Oh!K yang telah mengundang Buletin Kpop membuat liputan media ke acara tersebut.