Oh!K dan Astro Membawa Sung Hoon ke Malaysia pada Oktober Ini!

Oh!K dan Astro Membawa Sung Hoon ke Malaysia pada Oktober Ini!
Bintang ‘I Live Alone’ yang akan menjadi pengacara untuk meraikan ulang tahun 
Oh!K yang ke-5
Malaysia, 19 September 2019 – Pada hari ulang tahun ke-5 Oh!K, Oh!K dan Astro telah menjemput ahli program TV “I Live Alone”, Sung Hoon ke Malaysia pada hari Sabtu, 19 Oktober, di 1 Utama Shopping Centre dari pukul 5petang dan seterusnya untuk sesi bertemu peminatnya (meet & greet) secara terbuka. Acara ini akan menawarkan rentetan pengalaman Korea (K-experiences) termasuk sesi bergambar secara berkumpulan dan peluang hi-touch dengan selebriti yang hangat ini.
Sung Hoon menambat hati penonton drama Korea dengan debut lakonannya dalam drama “New Tales of Gisaeng”. Lakonan mantapnya membuatkan dia menerima Anugerah Pelakon Baru Terbaik pada tahun 2011, dan sejak itu dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Penghibur Terbaik di Asia Artist Award Ke-2, dan Anugerah Bintang Model Korea di Anugerah Model Asia ke-13. Pada masa ini, Sung Hoon memegang peranan penting dalam program berkedudukan tinggi di Korea, I Live Alone yang disiarkan di Oh!K (Astro Channel 394).
Sung Hoon juga akan muncul dalam sesi Facebook secara langsung di laman Facebook Oh!K pada hari yang sama kira-kira jam 1 petang, di mana beliau akan berkongsi pengalamannya di Malaysia serta menjawab beberapa soalan peminatnya.
Dan jika itu tidak mencukupi, 300 pelanggan pertama Astro yang hadir di 1 Utama pada 19 Oktober, dari jam 1.00 petang hingga 4.45 petang, bersama bil Astro terbaru, mereka berpeluang untuk membawa pulang barangan edisi terhad Sung Hoon!
Sehubungan dengan lawatan selebriti Korea ini, Saluran TV hiburan Korea akan memberi hadiah hari jadi termasuk peluang istimewa bertemu Sunghoon dan edisi terhad barnagan Sung Hoon. Untuk peluang anda mendapatkan pengalan eksklusif ini, layari www.ohk-tv.com/birthday.
Bengkel dan pertandingan K-tarian
Selain itu, sebagai sebahagian daripada acara meraikan ulang tahun ke-5 Oh!K, para peminat K-pop akan dapat menyaksikan persembahan K-pop yang bertenaga dan bengkel percuma bersama KTNK Dance Academy di 1 Utama Shopping Centre dari 17 hingga 20 Oktober. Semasa bengkel K-dance ini, para peminat dapat menjalani latihan tarian sepenuhnya sambil belajar beberapa gerakan K-pop yang paling memukau.
Krew-krew tarian yang sudah mendapatkan kemahiran menari dan berharap untuk menjadi bintang K-Pop Malaysia yang seterusnya boleh menyertai K-Pop Dance Stars Competition yang dianjurkan oleh KTNK Dance Academy pada 19 Oktober dari 11 pagi hingga 4 petang. Semua penari terbaik di Malaysia akan mempunyai peluang untuk bersinar dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 pada pertandingan ini.
Oh!K dan Astro juga telah bekerjasama untuk melancarkan blok berjenama ‘Pop & Watch’ yang terdiri dari beberapa program TV popular di Oh!K. Blok itu boleh didapati di Astro Ria HD (CH 104 / HD CH 123), Astro Prima (CH 105 / HD CH 121), dan Hello (CH 110) dari 21 September hingga 20 Oktober untuk semua pelanggan Astro.
Lawatan Sung Hoon ke Malaysia adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun Oh!K ke-5, yang diadakan dengan kerjasama Astro, dan dengan bangganya ditaja oleh Nivea Micellar Water.
Lawati www.ohk-tv.com/birthday dan halaman rasmi Facebook Oh!K untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun Oh!K ke-5 serta sesi bertemu peminat bersama Sung Hoon. Untuk lebih banyak lagi mengenai Sung Hoon, tonton channel Oh!K di Astro CH 394 dan tontonlah dalam satu minggu khas maraton yang disiarkan sepanjang bulan Oktober, setiap hari Sabtu pukul 10.50 malam.

Untuk melanggan Oh!K, lawati CH 200 melalui kotak set-top Astro.

Roadshow Ulang Tahun Oh! K!
Roadshow Ulang Tahun Oh!K ke-5
Masa
Key Event Timings on 19th October 2019
11pg – 4ptg
·           K-pop Dance Stars Competition
Sertai pertandingan epik ini untuk mebawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
Individu atau berkumpulan, untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan, sila lawati www.facebook.com/ktnkdanceacademy atau sebarang pertanyaan sila email ke [email protected] antara 19 September – 15 October.
1ptg – 4.45ptg
·         Sung Hoon Merchandise Redemption
Jadilah salah seorang dari 300 pelanggan Astro terawal dengan menunjukkan bil Astro anda yang terbaru dan bawa pulang barangan edisi terhad Sunghoon! Siapa cepat, dia dapat.
4ptg – 5ptg
·         Stage Giveaways
Dapatkan peluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif dari pentas utama. 
5ptg – 6.30ptg
·         Sung Hoon’s Fan Meet
SungHoon bersedia untuk meraikan ulang tahun Oh!K yang ke-5 dengan peminatnya. Jadi, datang dan bersoraklah untuk oppa anda. 
Mengenai Sung Hoon
Nama Sunghoon sudah dikenali sejak dia mula berkecimpung dalam sukan renang sebelum beralih ke bidang lakonan. Perjudiannya dalam bidang lakonan mendapat sambutan positif semasa dia mendapatkan watak dalam Tales of Gisaeng pada tahun 2011. Sejak itu, dia telah mendapat pengiktirafan dengan cepat dan memenangi pelbagai penghargaan untuk persembahan lakonan yang luar biasa, yang membawanya ke dalam program TV popular Korea, I Live Alone. Di Malaysia, I Live Alone ditayangkan di Oh! K (Astro Channel 394).
Mengenai I Live Alone
Satu program realiti TV popular yang memaparkan gambaran realistik mengenai cara hidup selebriti yang tinggal berseorangan, I Live Alone telah mendapat kedudukan “rating” kuat sejak tayangannya pada tahun 2013. Kehidupan bontang selebriti dalam rancangan itu yang sangat berkait dengan kehidupan sebenar penonton menyebabkan program ini menjadi salah satu rancangan kegemaran ramai di Korea.

Rancangan ini juga menggelar ahli-ahli utama sebagai Rainbow Club, yang terdiri daripada tuan rumah dan tetamu selebriti lain.

I Live Alone akan ditayangkan di Malaysia seperti jadual slot di bawah: 
Astro Channels
Jadual
Oh!K (CH 394)
·         Setiap Ahad @ 10.50mlm
·         5 – 26 Oktober, aetiap Sabtu @ 10.50mlm (marathon hujung minggu istimewa dibintangi Sung Hoon)
Astro Ria
(CH 104/HD CH 123)
·         22 September – 20 Oktober @ 5ptg – 7ptg, Sundays
Hello (CH 110)
·         23 September – 18 Oktober @ 12:30tgh hari – 2.15ptg, 
       hari biasa