Rindu ONCE Terubat dengan kembalinya TWICE untuk TWICE WORLD TOUR 2019 TWICELIGHTS IN KUALA LUMPUR

Seolah-olah menebus kekecewaan ONCE di atas pembatalan konsert Twice 2nd Tour TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park yang sepatutnya berlangsung pada 28 Julai 2018 tahun lalu atas faktor keselamatan, minggu lalu pada 17 Ogos 2019 bertempat di Axiata Arena, TWICE memberikan persembahan yang sangat mengujakan pada koncert Twice World Tour 2019 <Twicelights> in Kuala Lumpur selama dua jam setengah dengan persembahan lagu sebanyak 25 lagu keseluruhannya termasuk encore.

Sejak awal pagi lagi Once telah mula bersesak di Axiata Arena untuk beratur masuk ke dalam stadium mengikut pintu yang telah ditetapkan berdasarkan tiket masing-masing. iMe Malaysia yang juga merupakan penganjur konsert yang sudah berpengalaman bijak mengatur dan menguruskan peminat sepanjang hari konsert itu. Sambil menunggu waktu masuk ke dalam stadium, peminat boleh bergambar di papan poster Twice yang disediakan di luar perkarangan stadium. Dilihat Once juga sangat tenang beratur menunggu giliran untuk bergambar bersama (papan poster) setiap ahli Twice yang mereka gemari.

Tepat jam 4.30 petang, konsert ini dimulakan dengan video yang memperkenalkan artis-artis di bawah naungan JYP Entertainment seperti Wonder Girls, 2PM, GOT7 dan ITZY. Seterusnya diikuti dengan video pembukaan konsert yang menampilkan setiap ahli Twice dalam setiap babak.

Pemilihan lagu pembukaan yang bertajuk “Stuck in My Head” adalah pilihan yang sangat tepat kerana ianya lagu yang berkonsepkan rock dan memberi mood yang bertenaga di awal pembukaan. Dengan berpakaian peplum serba hitam, ahli-ahli Twice nampak begitu elegan dan classy sekali.

Selain lagu-lagu yang berkonsepkan ceria, rancak dan comel, Twice juga mempersembahkan lagu yang lebih perlahan, lembut dan menampilkan ciri-ciri keanggunan mereka. Dengan gaun labuh serba putih, mereka mempersembahkan lagu After Moon, You in My Heart, Sunest dan Heart Shaker versi putih. Well, ini adalah antara konsep pakaian mereka yang penulis paling suka.

Diakui peminat-peminat Twice yang digelar Once, 70% majoritinya adalah lelaki. Ini dapat dilihat dan didengar semasa lagu-lagu popular Twice dipersembahkan. Boleh dikatakan fanchant (peminat bernyanyi bersama dan menyahut nama artis ketika lagu dinyanyikan secara langsung) yang berkumandang di dalam stadium adalah suara-suara besar di kalangan fanboy. Tidak dinafikan, ONCE juga ada di kalangan perempuan. Namun, suara-suara fanboy ini lebih jelas didengari di konsert itu. Apa-apaun, penulis nak cakap, FANCHANT MALAYSIA ONCE memang DAEBAK!!

Ehsan video dari SOnce 9

Semasa ENCORE, TWICE dikejutkan dengan tayangan video yang dibuat oleh ONCE Malaysia. Video itu menceritakan betapa gembiranya ONCE yang terdiri dari pelbagai umur dan personaliti serta kerjaya. Berikutan pembatalan konsert Twice tahun lalu, berita yang Malaysia disenaraikan dalam konsert jelajah dunia Twice 2019 sudah pasti mengubat rasa sedih mereka kerana tidak dapat bertemu Twice tahun lalu. Projek video ONCE Malaysia juga mengumpulkan mesej-mesej video yang berbunyi “ONCE SAYANG TWICE” di placard masing-masing untuk menyampaikan rasa sayang dan sokongan ONCE kepada TWICE.

Setelah video habis ditayangkan, seorang demi seorang ahli Twice meluahkan rasa sedih dan kecewa mereka kerana tidak dapat meneruskan konsert mereka tahun lalu. Jihyo selaku ketua kumpulan Twice meminta maaf kepada Once dan berterima kasih kerana Once Malaysia menunggu mereka kembali ke Malaysia dari tahun lepas. Ahli-ahli lain juga turut meluahkan perasaan masing-masing dan amat-amat berterima kasih kerana Once tidak melupakan mereka dan sentiasa menyokong mereka selama ini. Tak disangka, Dahyun yang merupakan ahli yang paling ceria dan sentiasa tersenyum, akhirnya mengalirkan air matanya kerana dia begitu tersentuh dengan video Once. Dahyun juga menyatakan rasa sedihnya kerana Mina tidak dapat bersama mereka untuk konsert kali ini. Bertambah berderai-derailah air mata Dahyun apabila Once cuba mnenenangkannya dengan melaungkan “Gwenchanha! Gwenchanha!” (Tak apa!). terharu sangatlah tu~ Kata Dahyun lagi, walaupun Mina tiada dengan mereka malam itu, tapi dia dapat merasakan kehadiran Mina disebabkan Once malam itu. Sempat juga dia berkata “Terima kasiih~ Kamu paling baik!” di dalam Bahasa Melayu.  Twice menutup persembahan malam itu dengan lagu Knock Knock dan Stuck.

Setelah tamat konsert, Twice sempat memuat naik video di akaun twitter mereka @JYPETWICE. Twice memuji ONCE fanchant dengan sedikit sedutan fancam dimana ONCE menyahut Y! E! S! semasa mereka mempersembahkan lagu Yes or Yes. Twice memuat naik video tersebut dengan kapsyen “Thank You,  Kuala Lumpur!  GREAT KL ONCE! See you next time!” (Terima kasih Kuala Lumpur! Bagus ONCE KL! Jumpa lagi!)

Thank You,
Kuala Lumpur!

GREAT KL ONCE!
See you next time!#TWICE #트와이스 #TWICELIGHTS #TWICELIGHTSinKL pic.twitter.com/SIj7ImcxCk

— TWICE (@JYPETWICE) August 18, 2019

Twice juga memuat video pesanan yang menyatakan persembahan konsert “TWICELIGHTS IN KUALA LUMPUR 2019” adalah sebagai konsert penutup tirai konsert jelajah dunia Twice tahun 2019. Jadi, untuk tidak menghampakan peminat mereka (ONCE), Spotify menyediakan TWICELIGHT Playlist untuk diperdengarkan kepada ONCE jika merindui mereka.

TWICE X Spotify

2019 TWICE World Tour <TWICELIGHTS>
Set List Playlist is live now on Spotify!https://t.co/vLaHh1Hwwu

We will BE BACK again:)#TWICE #트와이스 #TWICELIGHTS pic.twitter.com/nQE5J6D0IK

— TWICE (@JYPETWICE) August 20, 2019

Lagi untuk melihat gambar-gambar dari iMe MY dan Buletin Kpop, sila ke album gambar di facebook kami. Terim akasih iMe MY kerana menjemput Buletin Kpop untuk mengadakan liputan Konsert Twice World Tour 2019 <Twicelights> in Kuala Lumpur.

Gambar Ehsan: Buletin Kpop & iMe Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter