Terokai Gelombang Unik di Korea: Airbnb baru melancarkan Pengalaman K-pop dan K-beauty

Terokai Gelombang Unik di Korea: Airbnb baru melancarkan 
Pengalaman K-pop dan K-beauty
Asia Pasifik, 16 Ogos 2019 – Pengalaman Airbnb menjemput dunia untuk meneroka dunia gelombang paling hangat (K-wave) musim panas ini dengan melancarkan Pengalaman K-pop dan K-beauty.
Dengan Airbnb, kini anda boleh menempah pengalaman yang unik untuk menerokai adegan K-pop Korea yang menguhjakan bersama pemuzik tempatan dan pengajar tarian profesional, atau memilih petua kecantikan (K-beauty) terkini dari pakar kecantikan tempatan.
Gelombang Korea (Hallyu) telah berkembang pesat selama beberapa tahun dan menjadi fenomena budaya global. Para artis K-pop mendahului carta Billboard dan festival muzik terkemuka di seluruh dunia, manakala product jenama dari Korea (K-beauty) terus memberi inspirasi kepada berjuta-juta pengguna untuk merangkul rahsia baru kecantikan dan penjagaan kulit yang sihat. Terdapat lebih daripada 90 juta peminat Hallyu di seluruh dunia hari ini. Forbes melaporkan peminat gelombang Korea meingkat sebanyak 22% pada tahun 2018 dari tahun sebelumnya.
Pilih Pengembaraan anda dan berjumpa dengan Pakar tempatan
Pilih Pengembaraan K-Wave anda dengan K-pop Airbnb dan Pengalaman K-beauty – panduan orang dalam anda untuk dua trend paling hangat di Seoul hari ini. Para tetamu berpeluang untuk belajar daripada tuan rumah yang sangat berpengetahuan serta merupakan ahli aktif komuniti mereka dan suka apa yang mereka lakukan.
Temui tuan rumah Airbnb seperti Pemenang Pertempuran Wild Waackers iaitu Mul, yang menjalankan kelas tarian K-pop di tengah-tengah daerah kesenian Seoul, Hongdae; atau penyiar televisyen Cyoung, yang berdedikasi untuk berkongsi rahsia solekan dan penjagaan kulit dengan lebih daripada 300 sampel jenama kosmetik yang terdapat di studionya.
Jadilah bintang K-pop Untuk Sehari
Jika anda sudah bersedia untuk merealisasikan cita-cita anda sebagai bintang K-pop, dapatkan kasut menari anda dan cipta semula gerak tari (koreografi) dari lagu-lagu artis K-pop hits kegemaran anda! Sesi 2 jam yang diketuai oleh guru tarian profesional, Bryan memberi peluang kepada tetamu untuk membentuk kumpulan tarian kecil, ciptakan gerak tari anda dan buat video muzik hit anda sendiri, yang boleh dibawa pulang dengan anda sebagai kenangan anda seorang idola K-Pop untuk sehari.
Sebagai alternatif, anda akan dibawa masuk ke studio rakaman dan melepaskan beberapa vokal yang kuat. Jurulatih vokal profesional Celine akan mengajar anda setiap satu demi satu teknik nyanyian sebelum anda merakam lagu anda sendiri.
Sekiranya anda pernah tertanya-tanya bagaimana rasanya menjadi seorang pemuzik di Seoul, terokai jalan yang penuh muzik di Hongdae dengan pemuzik tempatan dan pesonaliti TV Zozno. Anda akan belajar tentang sejarah daerah kesenian sambil minum cawan kopi di kafe tempatan, kemudian berkunjung ke studio peribadi Zozno dan berpeluang untuk memainkan koleksi instrumen peribadi beliau sebelum menonton persembahan muzik secara langsung bersama-sama.
Mendedahkan trend kecantikan K-Beauty terkini
Mengubah kulit anda dari kusam sehingga kesempurnaan yang menyerlahkan wajah anda di bawah bimbingan pengasas Melixir Vegan Skincare Hana, dan membuat bahan mandian organik anda sendiri dengan bahan-bahan seperti bunga, herba dan lain-lain yang 100% tumbuh-tumbuhan. Jika solekan adalah yang lebih anda gemari, cubalah mencipta sendiri lipstik semulajadi yang bebas minyak mentah dan ton warna yang anda sendiri pilih dengan pengesahan dari pakar penjagaan kulit Victoria.
Bagi mereka yang berminat dengan perunding gaya peribadi dan custom-tailored suits, tak payah tengok lama, pakar tuan rumah Jen ada. Beliau yang telah bekerja dalam bidang kecantikan dan fesyen berjenama selama lebih 20 tahun. Singgah sebentar dengan secawan kopi dan berikann carta gaya peribadi anda, tips dandanan dan almari pakaian baru.
Airbnb ‘Pressroom Live’: Konsert untuk tujuan yang baik

Hari ini 19 Ogos, Airbnb akan melancarkan dua konsert indie dengan kerjasama akhbar tempatan Korea Hankyoreh. Pemuzik terkenal Lee Hee-Moon Band dan Harim akan mengadakan konsert ‘Pressroom Live’ di bilik berita Hankyoreh pada 30 Ogos dan 3 September masing-masing. Vokalis Lee sebelum ini berasal dari band lagu rakyat popular iaitu SionSsing, manakala Harim adalah penulis lagu tempatan dan multi-instrumentalist yang terkenal. Setiap konsert terbuka kepada lapan tetamu sahaja dan boleh ditempah (bookeed) atas dasar siapa cepat dia dapat di Airbnb.
Untuk semua Pengalaman Airbnb K-pop dan K-beauty, lawati http://www.airbnb.com/kwave.
Sedikit Mengenai Airbnb
Ditubuhkan pada tahun 2008, misi Airbnb adalah untuk mewujudkan dunia di mana pengembara boleh menikmati perjalanan yang sihat, sahih, pelbagai, inklusif dan mampan. Uniknya Airbnb memanfaatkan teknologi untuk memberi kuasa ekonomi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membuka kunci dan memberi ruang mereka mengembangkan bakat mereka untuk menjadi usahawan hospitaliti. Pasaran penginapan Airbnb menyediakan akses kepada 6+ juta tempat unik untuk menginap di lebih daripada 100,000 bandar dan 191 buah negara. Dengan Pengalaman, Airbnb menawarkan akses yang belum pernah berlaku kepada komuniti dan kepentingan tempatan melalui 40,000 aktiviti unik yang dibuat oleh tuan rumah di seluruh 1,000+ bandar di seluruh dunia. Airbnb sebagai platform tuan rumah dan tetamu secara terus memberi keuntungan kepada semua pemegang saham, tuan rumah, tetamu, pekerja dan komuniti di mana ia beroperasi.
Share on facebook
Share on twitter