Dapatkan Tiket PERCUMA ke Gwangju SBS Inkigayo Super Concert ekslusif oleh KTO Malaysia!

SBS Inkigayo Super Concert kini kembali dengan pengesahan BTS dalam line-up mereka April ini! Woo-hoo! ARMY sekalian sila angkat tangan!
Konsert pada tahun ini akan diadakan pada 27 April (Ahad), 7 malam di Gwangju World Cup Stadium sempena meraikan Kejuaraan Akuatik Dunia FINA Ke-18 yang bakal diadakan musim panas ini di Gwangju. Line-up pertama yang bakal membuat persembahan telah diumumkan pada 18 Mac lalu termasuk BTS, MOMOLAND, IZ*ONE, N.Flying dan NATURE. Line-up seterusnya diumumkan pada 29 Mac dengan penyertaan dari TWICE, TXT, The Boyz, Cherry Bullet dan Hong Jin Young. Konsert ini bakal menjadi pertunjukan yang menarik!
KTO Malaysia akan membuat pemberian 250 tiket SBS Inkigayo Super Concert khusus kepada peminat K-pop Malaysia yang bakal melancong ke Korea pada masa konsert tersebut secara percuma! Siapa cepat dia dapat!
Tempoh peraduan
Mulai sekarang sehingga mencapai 250 penyertaan
Bagaimana untuk menyertai peraduan?
  1. LIKE dan FOLLOW Facebook dan Instagram KTO Malaysia.
  2. Muat turun Borang Pengakuan Penyertaan.
  3. Daftar masuk ke akaun ahli Kaki Korea Club (KKC) (klik DI SINI untuk pendaftaran akaun KKC percuma).
  4. Isi borang survey di laman KTO (link di bawah) mengenai perancangan pelancongan anda bersama Borang Pengakuan Penyertaan yang telah ditandatangan.
Tebus tiket anda
  • Pemenang bakal menerima e-mel pengesahan dari KTO Malaysia selewat-lewatnya pada 23 April 2019.
  •  Tiket konsert hanya boleh ditebus pada hari konsert sebenar, iaitu 28 April 2019 di booth tiket di Gwangju World Cup Stadium. Sila tunjukkan pasport anda kepada urusetia semasa penebusan.
Untuk maklumat lanjut serta terma & syarat, sila layari laman sesawang KTO Malaysia:
Terjemahan oleh BuletinKpop.
Share on facebook
Share on twitter