CJ WOW SHOP Tawar Barangan Eksklusif Kumpulan Wanna One!

CJ WOW SHOP Tawar Barangan Eksklusif Kumpulan Wanna One!
CJ WOW SHOP membawa barangan eksklusif sensasi K-pop secara eksklusif kepada peminat di Malaysia
Berita gempar untuk peminat Wanna One! Bermula sekarang sehingga hari berlangsungnya konsert jelajah “ONE: THE WORLD tour” Wanna One (워너원) pada 21 Julai di Axiata Arena Bukit Jalil, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang sekali seumur hidup untuk mendapatkan barangan eksklusif terbaru kumpulan Korea Selatan ini!
Barangan ini akan ditawarkan secara eksklusif di CJ WOW SHOP, dan para peminat boleh menonton program-program siaran langsung CJ WOW SHOP pada Ahad, 15 Julai di 8TV (1:00 petang) dan TV9 (3:00 petang) untuk melihat tawaran hebat ini. Semasa siaran segmen-segmen ini, platform beli-belah ini akan mempamerkan dan menjual produk-produk berikut:
Barangan Eksklusif Wanna One
·   Edisi terhad baju kemeja T ‘Ce& WannaOne Beat Wave’ pada harga RM199 sahaja untuk 4 helai
·   Kit peminat Wanna One pada harga RM199 sahaja untuk 6 barang, termasuklah kad bibir kumpulan itu yang menjadi kegilaan para peminat
Pelanggan yang membeli barangan eksklusif ini akan berkelayakan untuk menerima hadiah misteri Wanna One. Siapa cepat dia dapat! Mereka juga boleh membuat pesanan barangan ini lebih awal melalui laman e-dagang www.cjwowshop.com.my serta aplikasi mudah alih bermula dari 9 Julai.
Tawaran ini melambangkan kerjasama pertama antara CJ WOW SHOP dengan kumpulan K-pop. Selain itu, kerjasama ini adalah selari dengan peranan jaringan beli-belah ini sebagai platform media penuh yang bertekad memberikan pengalaman beli-belah menghiburkan kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, rangkaian barangan K-pop di CJ WOW SHOP juga telah diperluaskan, sekaligus menunjukkan kemungkinan yang tiada batasan di CJ WOW SHOP.
Ingin mendapat tiket percuma?
CJ WOW SHOP juga akan menawarkan tiket konsert percuma kepada peminat Wanna One! Bermula dari 9 hingga 19 Julai 2018, anda berpeluang memenangi tiket konsert Wanna One serta barangan ‘Ce& WannaOne’ melalui beberapa langkah mudah ini.
Peraduan Wanna One CJ WOW SHOP
Langkah 1:
Ikuti Instagram @cjwowshop
Langkah 2:
Kongsikan semula Poster Peraduan Wanna One CJ Wow Shop Rasmi dari laman instagram @cjwowshop
Langkah 3:
Tag kawan yang anda ingin membawa bersama ke konsert Wanna One di Kuala Lumpur pada 21 Julai di Axiata Arena dengan kapsyen “I wanna go to Wanna One concert with ______” dan sertakan dengan hashtag #WannaOneWOW dalam kapsyen anda.
Pemenang akan diumumkan pada 20 Julai. Oleh itu, jangan lupa untuk tandakan kalender anda untuk mengetahui adakah anda pemenang bertuah!

Mengenai CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah dari rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my
Share on facebook
Share on twitter