Simpan (Save) Wanna One dalam Siri Samsung Galaxy A atau J Baru Anda!
Nikmati paparan Infiniti yang ikonik dan Super AMOLED untuk pengalaman tontonan yang lebih jelas dan memenangi peluang emas untuk bertemu dengan Wanna One SECARA LANGSUNG!
Kuala Lumpur, 21 Jun 2018 – Wannables Malaysia, sudah tiba masanya untuk anda teruja kerana idola Kpop berkumpulan lelaki kegemaran anada, Wanna One yang kembali ke Kuala Lumpur untuk Konsert Solo mereka dalam acara Wanna One World Tour pada 21 Julai 2018!
Selain Kuala Lumpur, Wanna One akan turut menjelajah 13 buah bandar antaranya ialah Melbourne, Dallas, Atlanta, Chicago, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan juga Bangkok.
Untuk menambah keseronokan, Samsung Malaysia Electronics akan memberi anda peluang untuk memenangi sepasang tiket VIP bernilai RM1,596 untuk melihat Wanna One secara langsung!
“Wanna One adalah salah satu kumpulan paling popular yang meningkat naik di Korea Selatan, dan kami lebih teruja untuk melihat mereka secara langsung! Kami mahu berkongsi keghairahan besar kami untuk kemunculan konsert sulung mereka di Malaysia, dan apakah cara yang lebih baik untuk melakukannya daripada menghantar peminat ke sana? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada jelajah dunia mereka!”, kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Untuk memenangi sepasang tiket emas ke World Tour Wanna One di Malaysia, apa yang perlu anda lakukan adalah memiliki Samsung Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4 baru. Berikutan itu, apa yang perlu anda lakukan ialah mengambil gambar atau video dengan pos signature Wanna One’s “Save You In My Heart” dengan caption “Save Wanna One in my galaxy because…” di mana anda boleh menyampaikan ayat-ayat kreatif dan yang anda rasa paling menarik! Akhir sekali, muat naik dan (share) kongsi gambar atau video anda di Facebook atau Instagram dengan hashtags #ProductName (Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4), #WithGalaxy dan #GalaxyFanWeeks; Jangan lupa untuk tag @samsungmalaysia juga. Mudah kan!
150 penyertaan dengan pos dan caption terbaik akan memenangi sepasang tiket emas dan pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman web dan halaman Instagram Samsung.
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ambil Samsung Galaxy A6 +, A6, J6 atau J4 baru hari ini! Dari 25 Jun dan seterusnya, anda juga boleh membawa pulang pelbagai barangan edisi terhad Wanna One di kedai terpilih sambil memenangi pengalaman epik bersama Wanna One!
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai peraduan ini dan hadiah tiket emas ke World Tour Wanna One di Kuala Lumpur, sila layari http://www.samsung.com/my/offer/mobile-wannaone/