Wannables screammmmmmms! Kumpulan idol kesayangan anda Wanna One bakal mengegarkan Malaysia dengan konsert jelajah dunia mereka di Kuala Lumpur Julai ini. Tak lama lagi tu.. Sebulan jer lagi ni..
Selain Kuala Lumpur, Wanna One akan turut menjelajah 13 buah bandar antaranya ialah Melbourne, Dallas, Atlanta, Chicago, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan juga Bangkok.
Wanna One yang dianggotai oleh Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young and Ha Sung Woon meraih populariti melalui rancangan Produce 101 musim kedua.
Wanna One debut dengan lagu Energetic dan sekarang mereka popular dengan lagu Boomerang dengan gerak tari yang amat memukau penonton. Mahu melihat mereka dengan lebih dekat lagi?
Wanna One debut dengan lagu Energetic dan sekarang mereka popular dengan lagu Boomerang dengan gerak tari yang amat memukau penonton. Mahu melihat mereka dengan lebih dekat lagi?
Butiran konsert adalah seperti berikut:
Tarikh: 21 Julai 2018, Sabtu
Tempat: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa: 8.00 pm
Harga Tiket & Kategori: VIP (Berdiri) RM752 / VIP (Duduk) RM752 / CAT 1 (Berdiri) RM724 / CAT 1 (Duduk) RM724 / CAT 2 RM630 / CAT 3 RM535 / CAT 4 RM347
*tidak termasuk RM4 fee pemprosesan
*tidak termasuk RM4 fee pemprosesan
Penjualan tiket telah bermula melalui laman web MyTicket secara berperingkat. Sehingga kini hanya tinggal tiket-tiket CAT 1 (Duduk) RM724, CAT 2 (Duduk) RM630 dan CAT 1 (Berdiri) RM724 sahaja.
Jadi tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat kumpulan idol anda beraksi dengan lebih dekat buat kali ke-2 di Kuala Lumpur bulan hadapan!
Konsert ini dianjurkan oleh YJ Partners dengan kerjasama IMC Live Group. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman facebook YJ Partners.