ONCE, TWICE, KUNJUNGI FANTASY PARK DI KUALA LUMPUR!
Mungkin anda sudah mengetahui akan berita ini, tapi tidak mengapa! Kami masih akan ulangi berita gegar ini!
ONCE! Sila mula menabung dan bersedia untuk melawati TWICELAND ZONE 2 di Kuala Lumpur pada Julai nanti! Ya! Gadis-gadis manis pujaan ramai, TWICE, bakal membuka taman tema Fantasy Park mereka di Malaysia!
Buat anda yang ingin mengetahui tentang TWICE, mereka merupakan barisan gadis idola Korea Selatan (mungkin juga seluruh dunia!) yang ditemui bakat oleh label artis ulung di Korea, JYP Entertainment! Mereka terdiri daripada 9 orang ahli; 5 gadis tempatan, Jihyo, Nayeon, Jungyeon, Dahyun, dan Chaeyoung, 3 gadis Jepun, Momo, Sana, dan Mina, serta Tzuyu, gadis tunggal dari Taiwan.
Kumpulan yang didirikan hasil gabungan perancang utama Park Jin Young selaku CEO JYP Entertainment, juga bersama peminat melalui program realiti, Sixteen, TWICE memulakan karier mereka di atas pentas pada 20 Oktober 2015 melalui album mini ‘The Story Begins’.
Imej bubbly TWICE sememangnya mudah memenangi hati peminat-peminat k-pop. Manakan tidak, promosi lagu ‘Cheer Up‘ pada 2016 berjaya memenangi 2 Anugerah Lagu Terbaik Tahunan di Mnet Asia Music Awards (MAMA) dan juga Melon Music Awards (MMA) pada tahun itu. Populariti mereka terus meletup dengan lagu ‘TT’ dan juga ‘Knock Knock’, yang seterusnya membawa mereka kepad konsert solo pertama mereka, TWICE 1st Tour: Twiceland The Opening.
Antara lagu-lagu lain yang menjadi siulan ramai peminat TWICE, atau lebih dikenali sebagai ONCE, seperti ‘OOH-AHH’, ‘Signal’, ‘Likey’, dan juga ‘Heart Shaker’. Kejayaan TWICE dapat diperlihat melalui anugerah-anugerah berprestij seperti Artis Baru Tahunan di Golden Disc Awards (GDA) serta Anugerah Artis Terbaik (Penyanyi Wanita) di Asia Artist Awards (AAA). Pencapaian mereka sangat menakjubkan!
Pada April 9 yang lepas, TWICE baru saja kembali ke pentas dengan mini album terbaru, ‘What is Love?’ TWICE tidak henti-henti memenangi hati setiap peminat k-pop di luar sana sama ada lelaki mahupun perempuan. Anda tidak percaya? Saksikan video muzik terbaru mereka!
Tertarik? Atau anda memang ONCEs sejak debut mereka? Maka jangan lepasi peluang keemasan untuk menyaksikan 9 gadis yang menggegarkan hati anda secara langsung di Kuala Lumpur!!
Berikut merupakan butiran lanjut untuk konsert TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park in Kuala Lumpur:
Tarikh : 28 Julai 2018, Sabtu
Masa : 8.30 petang
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Harga Tiket dan Kategori:
FANTASY ZONE RM638 / VIP RM688 / CAT1 RM568 / CAT2 RM468 / CAT3 RM388
(termasuk 6% GST, tak termasuk fi proses)
Pelancaran penjualan tiket akan diadakan di Ground Floor, Centre Court, Atria Shopping Gallery pada 21 April 2018 jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Pembeli tiket (terhad kepada 6 keping setiap pembeli) akan mendapat poster konsert edisi terhad (siapa cepat dia dapat).
Jualan pra juga akan dijalankan melalui saluran KSTAR (www.kstar.tv) dari 21 April 3.00 petang hingga 3.00 petang keesokannya, 22 April. Tiket di atas talian hanya terhad kepada 500 keping. Jualan umum atas talian pula mula dibuka di saluran TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada 21 April jam 9.00 malam.
Jualan tiket di kedai-kedai terpilih pula akan bermula pada 22 April. Tiket boleh didapat di:
• Pejabat TicketCharge & hotline (+603-9222.8811)
• Kedai-kedai Speedy Video & Rock Corner
• Kaunter pertanyaan The Mines Shopping Mall, 1 Shamelin, Quill City Mall, The School PJLA
• Eden Ultimate (Kuantan, Pahang)
• Blonde Brunette (Pulau Pinang)
TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park in Kuala Lumpur dibawakan khas kepada anda oleh IME Asia (https://www.facebook.com/imemalaysia/).
< Pautan rasmi TWICE >
Twitter : @JYPETWICE
Instagram : @twicetagram
Facebook : JYPETWICE
YouTube : TWICE YouTube Channel
Fan Café : TWICE9
VLIVE : TWICE VLIVE Channel