OH MY GIRL Ingin Bertemu Peminat di Singapura!

PERJUMPAAN OH MY GIRL BERSAMA PEMINAT, PERTAMA DI SINGAPURA!

Miracles! Anda sudah bersedia untuk bergembira bersama gadis-gadis fantasi OH MY GIRL? Ayuh kita merentasi Selat Tebrau ke Kota Singa pada bulan hadapan untuk menghangatkan suasana di OH MY GIRL 1st Fanmeet in Singapore!
OH MY GIRL merupakan kumpulan idola wanita di bawah naungan label WM Entertainment, terdiri daripada tujuh orang ahli; HyojungMimiYooaSeungheeJihoBinnie, dan Arin.
OH MY GIRL yang asalnya terdiri daripada lapan orang ahli, termasuk JinE, mula tampil dengan album mini sulung “Oh My Girl” melalui lagu “Cupid” pada 20 April 2015. Walaupun OH MY GIRL dikenali sebagai adik-adik kepada kumpulan idola lelaki sensasi B1A4, namun OH MY GIRL telah berjaya menambat hati peminat k-pop terutamanya melalui kekuatan vokalis Seunghee dan visual Yooa. Bakat mereka dapat disaksikan umum melalui rancangan TV realiti JTBC Smells Like Girls Spirit menampilkan Seunghee, serta KBS Idol Drama Operation Team dan drama Girls Next Door yang menampilkan Yooa. Fuh, dahsyat!
WM Entertainment sememangnya bijak mempromosikan OH MY GIRL secara berterusan dan konsisten setiap tahun. Antara lagu-lagu hebat yang diketengahkan termasuklah “Closer”, “Liar Liar”, “Windy Day”, “Step by Step” dan “Coloring Book”. OH MY GIRL juga berjaya melangkah jauh dengan mengadakan konsert sulung Summer Fairytale di Blue Square Samsung Card Hall di Seoul pada 20 dan 21 Ogos 2016.

Namun begitu, bermula 2017, OH MY GIRL hanya menampilkan tujuh orang ahli tanpa JinE yang secara rasminya meninggalkan OH MY GIRL. Kontrak beliau terpaksa ditamatkan kerana beliau mengalami isu kesihatan yang berpanjangan.
Pada hujung 2017, OH MY GIRL kembali beraksi di pentas dengan album mini keempat Secret Garden (juga judul lagu) yang telah mencatat kemenangan pertama mereka di rancangan muzik SBS The Show pada 23 Januari.

Muzik video rasmi OH MY GIRL, “Secret Garden”

Hanya dua minggu lepas, OH MY GIRL telah pula menampilkan aksi sub-unit OH MY GIRL Banhana (terdiri daripada Hyojung, Binnie, dan Arin), melalui lagu “Banana Allergy Monkey“! Sungguh aktif mereka ini~! Mungkin anda bakal menyaksikan semua lagu-lagu hebat OH MY GIRL? Tidak mungkin anda mahu melepaskan peluang ini, bukan? Hehehe

Muzik video rasmi OH MY GIRL BANHANA, “Banana Allergy Monkey”

Jadi, kepada peminat-peminat luar negara OH MY GIRL, juga dikenali sebagai Miracle(s), inilah peluang anda untuk menyaksikan mereka dengan lebih dekat!

Mari kita lihat apa kata mereka dengan event pertama mereka di Singapura ini!

Berikut adalah butiran lanjut OH MY GIRL 1st FANMEET IN SINGAPORE:

Tarikh :  5 Mei 2018, Sabtu
Masa :  6.30 petang
Tempat :  Resort World Theatre, Resort World Sentosa

Harga Tiket dan Kategori :
CAT1 S$218 / CAT2 $178 / CAT3 $138 / CAT4 $88
(tidak termasuk booking fee)

Penjualan tiket akan bermula pada 11 April 2018 jam 10.00 pagi melalui saluran APACtix (www.APACTix.com), Singapore Indoor Stadium Box Office dan seluruh cawangan SingPost.
Habuan hebat menanti pemegang tiket CAT1 kerana mereka bakal diberi peluang untuk bersuafoto secara berkumpulan bersama OH MY GIRL! Mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah untuk segmen permainan yang menjanjikan foto Polaroid atau hadiah saguhati yang ditandatangani OH MY GIRL!
Selain itu, pemegang CAT1 dan CAT2 juga berpeluang menghadiri sesi hi-touch bersama OH MY GIRL dan set fotokad. Manakala CAT3 bakal mendapat set fotokad OH MY GIRL.
OH MY GIRL 1st FANMEET IN SINGAPORE dibawakan khas kepada anda oleh LifeMusix Entertainment (http://www.facebook.com/lifemusixent). Sila lawati laman Facebook LifeMusix Entertainment untuk maklumat event yang lebih lanjut.

Pautan-pautan rasmi OH MY GIRL >
Instagram : @wm_ohmygirl
Facebook : official.ohmygirl
Fan Cafe : ohmygirl
Weibo : OH MY GIRL Weibo
Twitter : @wm_ohmygirl & @8_OHMYGIRL
YouTube : OH MY GIRL YouTube Channel
VLIVE : OH MY GIRL VLIVE Channel