SUPER SLOW MO BERSAMA PARK BOGUM & GALAXY S9 I S9+

SUPER SLOW MO BERSAMA PARK BOGUM & GALAXY S9 I S9+



Suasana di Dataran Pavilion padat dan meriah dengan kehadiran begitu ramai orang memenuhi setiap ruang penjuru menghadap kepada pentas utama. Mereka semua merasa tidak sabar lagi menunggu pelancaran produk terbaru Samsung iaitu Galaxy S9 I S9+. Apa yang pasti mereka sebenarnya lebih menantikan kehadiran tetamu istimewa atau jejaka kacak yang dibawa khas dari Korea, tak lain tak bukan – Park Bogum!! (boleh dengar tak suara admin jerit?!…haha)


Pelancaran dimulai dengan sesi pengenalan produk Galaxy S9 I S9+ oleh Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics. Fungsi baru yang memberi ciri keistimewaan pada produk kali ini adalah Super Low-light, AR Emoji & Super slo-mo.



Kemudiannya persembahan diteruskan oleh personaliti youtube, JinnyBoy & ReubenKang. Mereka memperkenal & membuat demonstrasi untuk fungsi terbaru Galaxy S9 I S9+ yakni Super slow-mo & AR Emoji. Memang terhibur dengan gelagat mereka berdua tambah pula bila video parodi mereka menari lagu Bombastic dengn berpakaian tradisi Korea dimainkan. Peminat Bogum terus diingatkan dengan adegan sama dilakukan aktor itu semasa sesi promosi filem Love in The Moonlight / Moonlight Drawn By Clouds sebelum ini.

Dan masa yang dinanti, kemunculan jejaka hangat pujaan ramai, Park Bogum. Jeritan begitu kuat kedengaran bila saja Bogum muncul di atas pentas. Jejaka yang mempunyai senyuman manis (dan gigi cantik serta gaya rambut baru) ini melambai mesra semua peminat yang hadir, wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman & sapaan ramah kepada peminat. “Apa khabar? Saya Park Bogum. Saya rindu padamu” , “I miss u so much” , “Malaysia fans, aku cinta padamu”… adalah antara kata-kata yang peminat terus menerus bersorak dan hati gadis-gadis pun terus berbunga & cair dibuatnya...hehe.. Pastinya Bogum juga rindukan peminatnya di Malaysia selepas melihat keramahan & sambutan hangat kepadanya semasa sesi fanmeeting di sini tahun lalu. 



Bogum  yang baru  sahaja tamat belajar di sebuah universiti di Korea awal bulan ini, juga mendapat ucapan ‘Tahniah Atas Graduasi’ daripada peminat & kelab peminatnya di Malaysia. Bogum terus memberitahu berita gembira, beliau akan kembali dengan drama bagus tahun ini! wahh, tak sabar rasanya kan!


Bogum sangat berterima kasih dengan kehadiran peminat-peminatnya lalu menyampaikan rasa terima kasih itu dalam bahasa Inggeris,“Thank you to everyone here for being present with this event. I hope to see you again, soon in Malaysia”



Ya, kami semua berharap utk jumpa awak lagi, Bogummi! Peminat berasa kagum dengan kebolehan berbahasa Inggeris itu meskipun ianya singkat sahaja. Bak kata pengacara, sememangnya Bogum merupakan duta yang tepat utk Samsung, dengan kebolehan beliau berbicara sedemikian.

Sehingga kita berjumpa lagi, Park Bogum!


Terima kasih yangtidak terhingga kepada Samsung Malaysia kerana menjemput Buletin Kpop untuk membuat liputan media  ke acara tersebut. Lagi untuk melihat gambar-gambar sepanjang acara “SUPER SLOW MO BERSAMA PARK BOGUM & GALAXY S9 I S9+”, sila klik SINI atau SINI.



Ditulis oleh : Nad
Foto oleh : Adli
Share on facebook
Share on twitter