PARK BOGUM Bakal Kembali Ke Malaysia?

PARK BOGUM BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK PELANCARAN

SAMSUNG GALAXY S9 & S9+
Ya, betul! Pelakon utama dari drama popular ‘Love in the Moonlight’ ini bakal kembali ke Malaysia lagi tau! Kali ini sempena mempromosikan produk terbaru Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+. Seperti yang disahkan oleh Samsung Malaysia, pelakon berwajah jambu ini bakal hadir ke Malaysia demi memeriahkan pelancaran produk baru tersebut.

  
Park Bogum yang digilai ramai gadis (dan mak-mak juga termasuk mak admin. hehe) merupakan antara pelakon muda berbakat di Korea. Namanya semakin melonjak naik selepas membintangi drama Reply 1988 (tvN/2015-2016) dan drama Love in the Moonlight (KBS2/2016) memegang watak sebagai Putera Mahkota Hyomyeong. Drama ini telah mendapat rating tontonan yang paling tinggi pada masa itu, juga menjadi penanda aras Bogum lebih dikenali diperingkat antarabangsa. Kelab peminatnya juga semakin bercambah di banyak negara.
Drama hit ini membuka lebih peluang kepada Bogum menonjolkan kebolehan berlakon justeru melayakkan beliau memenangi beberapa anugerah pada tahun yang sama dan tahun berikutnya. Antara anugerah yang diterima adalah daripada tvN10 Awards (tvN Asia Award), 2016 (5th) APAN Star Awards (Pelakon Baru Terbaik dari “Reply 1988”), 2016 (52nd) PaekSang Arts Awards (Instyle Best Style) dan banyak lagi. Kejayaaan ini telah meletakkan beliau sebaris pelakon terkenal Korea yang lain.
Pada peminat muzik k-pop, anda pasti mengingati Bogum sebagai pengacara rancangan ‘Music Bank’ (saluran KBS) bersama Irene Red Velvet, kan? Pengacaraan mereka mendapat perhatian & pujian netizen atas keserasian mereka mengacara bersama. Selepas setahun lebih, Bogum akhirnya mengundur diri dari rancangan itu bagi memberi fokus pada lakonan. Namun Bogum masih aktif mengacara selepas itu untuk ‘Music Bank Tour’ yang diadakan di beberapa buah negara seperti Indonesia, Singapura & Chile.

Jejaka serba boleh ini juga telah membintangi banyak iklan di Korea. Antara yang popular termasuklah iklan untuk jenama kosmetik, V-Prove, Coca Cola dan iklan Domino’s Pizza bersama Song Joongki.

Sememangnya jejaka ini berjaya buat ramai gadis & wanita tertawan dengan perwatakannya yang ramah, serba boleh & berbakat. Tambahan pula dengan senyuman menawannya itu. Memikirkan tentang ini semua buat admin rasa tak sabar nak tengok Bogum depan mata. Haish! bayang saja pun dah boleh buat admin tersenyum sendiri. Hehe
Haaaa kalau korang pun sama-sama teruja nak tengok artis kegilaan ramai ni, jom pergi ke pelancaran Samsung Galaxy S9 & S9+ ini. Sila rujuk gambar di bawah utk maklumat lanjut. Atau lebih afdal layari laman sesawang Samsung Malaysia sendiri!
TEMPAT : Centre Court, Pavilion KL
TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis)
MASA :  6:30 petang
 Artikel oleh: Nadrah

Share on facebook
Share on twitter