Mon Bebe Puas Dengan Persembahan MONSTA X Walaupun Dibasahi Hujan

HSBC WOMEN’S WORLD CHAMPIONSHIP – MONSTA X DI SINGAPURA
3 Mac 2018 ~ Pembukaan bertenaga Monsta X menerusi lagu Beautiful sangat menakjubkan!  Sekumpulan 7 anak muda yang berbakat dalam bidang penulisan lagu, tarian, kacak, berperwatakan menarik dan gemar berjenaka ini mengegarkan Coliseum, Hard Rock Hotel, Resort World Sentosa bersama-sama peminat mereka hujung minggu lalu.
Dibawakan khas oleh pihak HSBC Women’s World Championship, Monsta X diterbangkan ke kota Singapura bagi menjayakan acara istimewa bersama-sama Mon Bebe *comel nama peminat kelab mereka yang bermaksud Our Baby terjemahan daripada bahasa Perancis.
Bercakap di sidang media sehari sebelumnya di Plaza Singapura, objektif utama Monsta X sekarang adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada konsert jelajah dunia dan juga album comeback mereka.  Walaupun hujan lebat membasahi kota Singapura ketika itu, Mon Bebe yang basah lencun tidak berganjak walau seinchi demi melihat artis kesayangan mereka dengan lebih dekat.  Monsta X amat terharu dengan pengorbanan semua peminat T_____T
Usai lagu pertama Wonho, Hyunwon, Shuwno, Jooheon, Minhyuk, Kihyun dan I.M memperkenalkan diri masing-masing dan berterima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.  Seterusnya mereka mendendangkan 2 buah lagu pop ballad Honestly dan White Love yang membuat jantung para peminat berdegup kencang dengan fan service mereka!
Seterusnya mereka mempersembahkan persembahan berkarisma melalui lagu From Zero.  Monsta X berehat seketika sambil memberi laluan kepada tayangan VCR Beautiful World Tour ditontonkan kepada peminat.  Peminat tanpa jemu bersorak kegembiraan tatkala melihat artis kesayangan beraksi di skrin.  Sekembalinya mereka ke pentas dengan mengenakan suit hitam sedondon, mereka mendendangkan lagu Sweetheart sambil mengagihkan gula-gula kepada Mon Bebe! Hai.. bertuah sungguh peminat yang dapat gula-gula tu. 
Monsta X turut menyediakan persembahan khas buat peminat iaitu Pertandingan Moncasso.  Mereka dikehendaki melukis apa yang mereka ingin makan bersama-sama Mon Bebe.  Ternyata kemenangan berpihak kepada I.M dan beliau terpaksa membuat aegyo (aksi comel) kepada peminat!  Peminat menjerit kegembiraan melihat aksi comel I.M.
Mon Bebe memberi kejutan dengan menyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai buat Wonho yang baru sahaja meraikan hari lahir beliau pada 1 Mac lalu.  Kek berupa periuk berisi ramyeon didedikasikan khas buat beliau dan seluruh anggota Monsta X teruja melihat kenunikan kek tersebut.
Persembahan seterusnya adalah Hero. Wow wow wow persembahan yang meletup dan bertenaga dari Monsta X!  Seterusnya mereka mendendangkan lagu Shine Forever.  Meremang bulu roma ketika mendengar Mon Bebe bersama-sama melaungkan fan chant yang bertenaga!  Sebelum mengakhiri persembahan Monsta X amat berterima kasih kepada semua peminat yang hadir dan berharap dapat kembali ke Singapura bagi menjayakan konsert jelajad dunia mereka.  Mereka juga amat menyayangi Mon Bebe dan berharap peminat berasa seronok pada hari itu.  
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu Monsta X beraksi menerusi lagu Dramarama.  Selesai lagu terakhir peminat tidak berganjak dari kawasan acara malah berulang-ulang kali menyahut ‘encore’ dan Monsta X untuk kembali ke atas pentas.  Untuk tidak menghampakan peminat, Monsta X kembali mendendangkan lagu How About You? dan I’ll Be There. 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Unusual Entertainment yang telah memberi peluang kepada Buletin Kpop membuat liputan media ke acara tersebut. Untuk melihat banyak lagi gambar-gambar sepanjang sidang media dan persembahan MONSTA X, sila klik facebook kami di SINI.
Artikel oleh:  Nurul
Foto oleh:  Fieza & Unusual Entertainment
Share on facebook
Share on twitter