MONSTA X bakal menggegarkan kota Singapura bulan hadapan bagi menjayakan showcase istimewa HSBC Women’s World Championship pada 3 Mac 2018.
MONSTA X adalah sebuah kumpulan idol yang telah ditubuhkan melalui program survival yang bertajuk NO.MERCY “Trainee brutal debut battle”. MONSTA X merupakan kumpulan idola lelaki dari STARSHIP ENTERTAINMENt yang sama-sama dengan kumpulan idola wanita popular SISTAR.
Nama MONSTA X melonjak naik apabila debut dengan lagu bertajuk “Trespass” pada 14 Mei 2015. Anak-anak muda ini terdiri dari tujuh orang iaitu Jooheon, Shownu, Kihyun, Hyungwon, Wonho, I.M, dan Minhyuk. Mereka yang pada asalnya adalah 9 orang, tetapi pihak syarikat telah membuat keputusan untuk memilih tuju orang sahaja untuk debut. Makanya dua ahli asal telah dikeluarkan iaitu #GUN dan Seokwon. Nama mereka juga banyak disebut-sebut ketika ahli rap mereka iaitu JooHeon pernah menyertai program reality popular untuk peminat Hip Hop dan RAP iaitu program “SHOW ME THE MONEY” musim keempat. JooHeon menunjukkan bakatnya yang bukan sebagai idola biasa, tetapi juga dia adalah idola yang mampu untuk menulis rapnya sendiri. Walalupun JooHeon hanya bertahan sehingga episod ketiga.
Selain dari lagu Trespass dan yang terbaru mereka Dramarama, MONSTA X juga popular dengan lagu mereka yang bertajuk Rush, Shine Forever, Beautiful, Insterstellar, Stuck, All In, Hero dan Fighter. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu mereka di Kota Singa Mac ini. Gaya tarian dan lagu mereka pasti memikat anda semua. Cepat dapatkan tiket anda sekarang.
Jom tengok video promo MONSTA X untuk tatapan peminat mereka:
Butiran MONSTA X Special Show 2018 adalah seperti berikut:
Tarikh: 3 Mac 2018, Sabtu
Masa: 8.30 ptg
Tempat: The Coliseum Hard Rock Hotel Singapore, Resort World Sentosa
Harga Tiket dan Kategori: S$198 – Super Fan & S148 – General Admission
Masa: 8.30 ptg
Tempat: The Coliseum Hard Rock Hotel Singapore, Resort World Sentosa
Harga Tiket dan Kategori: S$198 – Super Fan & S148 – General Admission
Penjualan tiket akan bermula pada 25 Jan 2018, jam 10.00 pagi melalui saluran APACtix, Singapore Indoor Stadium Box Office dan seluruh cawangan SingPost.
Bagi pemegang kad HSBC Debit/Credit tiket-tiket bagi kategori Super Fan dan General Admission layak mendapat diskaun istimewa sebanyak 10%. Pelanggan StarHub juga boleh menikmati 10% diskaun dengan setiap pembelian tiket Super Fan bermula dari 25 Januari sehingga 3 Februari 2018.
Bagi pemegang tiket Super Fan layak untuk memenangi cabutan bertuah pas Meet & Greet dan berpeluang untuk mengambil gambar secara berkumpulan bersama-sama MONSTA X (200 orang pemenang terpilih).
Manakala kesemua pemegang tiket (selain dari pemenang-pemenang pas Meet & Greet) layak untuk cabutan bertuah sesi Hi-Touch bersama-sama MONSTA X (300 orang pemenang terpilih).
Senarai pemenang bertuah akan diumumkan melalui laman Facebook UnUsUal Entertainment pada 27 Februari 2018.