PARK SEO JUN Sebenarnya Mahu Menjadi Atlet Bola Lisut Sebelum Menceburi Bidang Lakonan

PARK SEO JUN “GUESS WHO” in SG

Hi!  My name is Park Seo Jun adalah ucapan salam kepada ratusan peminat beliau ketika menjejakkan kaki ke pentas jelajah asia pertamanya di Singapura baru-baru ini.  Peminat-peminat sudah tidak keruan kerana seakan tidak percaya dapat bertentang mata dengan pelakon kacak dan tinggi lampai dari Korea Selatan ini.
Bertempat di Resorts World Theatre Singapura sesi fan meet ini dimulakan dengan perkenalan diri beliau dengan memaparkan foto-foto ketika beliau berusia 5 tahun dan seterusnya foto-foto ketika mengikuti perkhidmatan ketenteraan ketika remaja.  Malunya beliau melihat foto-foto tersebut!  Pada asalnya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola lisut (baseball) namun bapanya hanya memberi galakan dan perhatian kepada adik lelakinya kerana lebih pantas dan bakatnya lebih terserlah.  Oleh itu, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.


Filem terbaru beliau iaitu Midnight Runners mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Korea Selatan, malah di seluruh Asia dan oleh kerana itulah Park Seo Jun melakukan jelajah Asia untuk bertemu dengan peminat-peminatnya.  Di dalam filem tersebut, Park Seo Jun memegang watak sebagai seorang anggota polis dan pengorbanan besar yang harus dilakukan adalah memotong rambut mengikut watak yang diberikan.  Bercakap di sidang media sehari sebelumnya, Park Seo Jun amat berbesar hati kerana filem tersebut menjadi hit dan ianya tidak akan berlaku tanpa usaha dan kerjasama dari setiap mereka yang terlibat.



Apabila bercakap mengenai gaya rambut, para peminat bersorak dan beliau tertanya-tanya apakah jenis gaya rambutnya yang paling digemari oleh peminat.  Majoriti mengatakan ‘his hair shoud go up’.  Coordi-noona (jurugaya), sila ambil maklum 🙂

Selain filem tersebut, drama Fight for My Way juga mendapat sambutan dan mempunyai rating tertinggi setiap minggu ianya ditayangkan.  Beliau memegang watak sebagai Ko Dong Man iaitu bekas atlet MMA yang berputus asa dengan cita-cita beliau dan mempunyai seorang kawan baik perempuan sejak kecil.  Beliau mengatakan bahawa drama ini berunsurkan positif dan mempunyai mesej agar seseorang itu tidak harus berputus asa dan perlu meneruskan cita-cita tidak kira usia.

Persamaan bagi filem dan drama tersebut adalah dari segi fizikal iaitu beliau harus mempunyai bentuk badan yang tegap dan lantas peminat semua bersorak kegembiraan. Secara berseloroh beliau berkata ‘but now my abs is melting’ dan peminat-peminat gelak sakan dengan kejujuran beliau.  Kwenchana oppa

Fan meet diteruskan dengan pelbagai jenis permainan bersama peminat berdasarkan cabutan bertuah.  Park Seo Jun juga menujukkan skill memasak kepada semua. Sementara menunggu pasta beliau siap, peminat-peminat diberi peluang untuk bertanya soalan yang dipilih secara rawak.  Bagaikan terpukau dengan wajahnya yang kacak, peminat tidak jemu-jemu menyatakan ingin menjadi kekasih hati beliau dan mengucapkan saranghae oppa. Beliau dengan bersahaja membalas ‘na do…’ yang bermaksud “saya juga..” membuatkan semua peminat bersorak girang.



Park Seo Jun melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana peminat yang hadir pada malam itu bukan hanya dari Singapura malahan peminat dari Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga dari Korea Selatan yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat beliau secara langsung.

Di sidang media juga Park Seo Jun  juga telah mencuba kek pandan dan air kelapa dan beliau amat menyukainya.  Air kelapa bukanlah sesuatu yang asing buat diri beliau dan menyatakan ianya bagus untuk ‘hangover’ hahahaaaaaaaaa

Park Seo Jun mengakhiri fan meet dengan mempersembahkan 2 buah lagu runut bunyi drama Reply 1988 yang bertajuk My Girl dan juga lagu gubahan beliau sendiri dari drama Witch’s Romance iaitu Come Into My Heart.  Vavavaaaaaaa pandai menyanyi, pandai berlakon, pandai masak = sempurna.



Setelah 2 jam 30 minit berlalu, Park Seo Jun mengakhiri fan meet dengan memberi peluang kepada peminat untuk goodbye touch bersama beliau sebelum keluar dari dewan.  Detik yang paling manis untuk mengakhiri malam tersebut bersama peminat!

Lagi foto acara PARK SEO JUN “GUESS WHO” IN SG, boleh ke laman facebook kami DI SINI.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Unusual Entertainment Pte Ltd yang telah memberi peluang kepada Buletin Kpop untuk membuat liputan media ke acara tersebut.


Artikel oleh:  Nurul
Foto: Fieza & Unusual Entertainment
Share on facebook
Share on twitter