2017 LEE DONG WOOK ASIA TOUR DI SINGAPURA – FOR MY DEAR
Perhatian kepada semua peminat drama korea Goblin bersiap sedialah untuk menerima kunjungan Grim Reaper dari drama popular TvN, Dokkaebi lakonan Lee Dong Wook ke Singapura pada bulan April ini!
Lee Dong Wook akan mengadakan jelajah Asia (Asia Tour Fan Meeting “For My Dear”) di Singapura pada 15 April 2017 bertempat di Mastercard Theatres, Marina Bay Sands. Sesi penjelajahan Asia bertemu peminat akan bermula di Seoul, Taiwan, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan berakhir di Jepun pada bulan Jun nanti.
Tiket sudah mula dijual pada 17 Mac 2017 bermula jam 10.00 pagi melalui saluran tiket Marina Bay Sands dan SISTIC. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melihat beliau secara dekat dan berinteraksi bersama beliau secara langsung di acara fan meeting tersebut.
2017 Lee Dong Wook For My Dear Asia Tour in Singapore
Tarikh: 15 Apr 2017, Sabtu
Masa: 7.30 petang
Tempat: Mastercard Theatres at Marina Bay Sands, Singapura
Harga Tiket: Cat 1 S$238 / Cat 2 S$178 / Cat 3 S$138 (harga tidak termasuk fee tempahan)
Selepas acara fan meeting, semua pemegang tiket layak untuk sesi Hi-Touch bersama Lee Dong Wook. Mmanakala seramai 180 pemegang tiket Cat 1 akan mendaftar ke dalam cabutan bertuah * bagi memenangi peluang bergambar bersama Lee Dong Wook (20 orang setiap foto) . Di samping itu, 50 pemegang tiket Cat 1 juga berpeluang memenangi poster eksklusif yang ditandatangani beliau.
oleh : Alwiya