
Saimdang yang akan ditayangkan secara rasmi bermula malam ini di Korea memulakan langkah padu dengan naratif yang jelas, prop yang cantik mempesonakan dan ‘twist’ kewujudan dwi-manusia Seo Ji Hyun-Saimdang yang agak menarik untuk diketengahkan. Seo JiYun(Lee Young Ae), seorang pensyarah yang menghadapi kesukaran mendapatkan jawatan professor di universiti tempat beliau mengajar. Hasil membodek dan melayan kerenah Professor Lee Won Soo yang menyelianya sebelum ini, dia akhirnya ditawarkan jawatan professor dengan syarat dia ditugaskan untuk menulis tesis berkenaan potret yang dikatakan diperolehi secara “tulen” melalui eskavasi oleh Professor Lee Won Soo.
Sehari sebelum sesi media mengenai penemuan bersejarah tentang potret tersebut, Seo Jiyun mengesyaki ketulenan di sebalik potret tersebut gara-gara lukisan daun luruh dalam potret tersebut tidak menepati zaman Edo Jepun, sekaligus membuatkannya terpinga-pinga sekejap keesokan harinya apabila diajukan soalan demikian oleh peserta yang hadir ke sesi media tersebut manakala Professor Lee Won Soo pula ‘malu’ apabila hasil kerjanya dipertikai di hadapan orang ramai.Seo Jiyun lantas mengenepikan dakwaan tersebut dan berjaya mententeramkan orang ramai dengan penjelasannya.

Semasa sesi “conference” di Bologna, Itali, Seo Ji Hyun dan Professor Lee Won Soo dikejutkan dengan video aksi Seo Jiyun diviralkan oleh pihak tak bertanggungjawab menguatkan lagi dakwaan bahawa potret tersebut adalah palsu. Seo Ji Hyun yang naif tidak menyedari perilaku Professor Lee Won Soo yang menjadikan dirinya sebagai kambing hitam. Dia dituduh berfoya-foya semasa melakukan perbentangan di Itali lantas mencacatkan reputasinya sebagai pensyarah. Professor Lee Won Soo terus menghalang Seo Ji Hyun daripada menghadiri perbentangan tersebut dan mematikan kesemua “connection” dengannya sekaligus membuangnya dan menjadikannya punca kesalahan.
Seo Ji Hyun berlegar-legar keseorangan di bandar Bologna, Italy dengan wajah yang sugul dan kecewa. Dia merenung kembali wajarkah dia menghabiskan masa bertahun-tahun menjilat Professor Lee Won Soo yang akhirnya ibarat habis madu sepah dibuang?
Nasib Seo Jiyun seakan-akan berubah apabila pertemuannya dengan seorang pekedai buku jalanan, telah menarik hatinya untuk menyelongkar senaskah diari bertakhtakan wajah potret Korea dengan tulisan dicampuraduk antara bahasa Itali dan Korea. Gerak hatinya telah membuatkannya terus ke tempat diari itu diterbitkan.

Dia dikenalkan oleh seorang paderi, pemilik gereja di mana diari itu diterbitkan. Seo Jiyun dipanggil sayup-sayup dengan nama ‘Saimdang’ oleh dejavu seorang jejaka daripada zaman Joseon (dimainkan Song Seung Heun) sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam gereja tersebut. Cerita mencapai klimaks apabila cermin besar di tingkat atas terpecah sendiri lalu terpampang potret “Shin Samidang” di belakangnya yang menyerupai dirinya.
Adakah orang tersebut adalah “penjelmaan dirinya” di masa lepas? Adakah Seo Jiyun akan merentasi masa menjelmakan dirinya sebagai “Saimdang” ? Adakah jejaka yang memanggil-manggil namanya tu telah membuatkan Seo Jiyun ternampak ‘dejavu’ tersebut lalu mencetuskan penemuannya dengan wanita dinamakan ‘Saimdang’? Semuanya bakal terjawab dengan pengenalan dua episod secara serentak melalui saluran astro 394 , oh K! (Khamis, 26/1/2017) , jam 9.00 malam ini.
Ini merupakan ‘comeback’ Lee Young Ae setelah 12 tahun tidak berkecimpung dalam arena drama Korea. Kali terakhir beliau berlakon melalui Jewel in The Place, drama hallyu yang terkenal di seluruh pelusuk dunia dan hasilnya beliau memperoleh daesang di beberapa anugerah ternama di Korea. Jangan lupa saksikan drama ini malam ini. Sila saksikan video promo dan ‘trailer’ untuk drama ini.
Video Promosi
Trailer
Oleh: Dauswq