2016 Lee Jong Suk Fan meeting “Variety” in Singapore
Lee Jong Suk seorang pelakon dan model terkenal dari Korea Selantan akan datang ke Singapura bagi menjayakan sesi bertemu peminat (fan meeting) “Variety” di Singapura pada 12 November 2016.
Beliau telah membintangi beberapa drama seperti Prosecutor Princess , Pinocchio, I Hear Your Voice dan School 2013 yang sekaligus berjaya melonjakkan nama beliau di bidang lakonan. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Pelakon Terbaik dalam drama Pinnochio di Anugerah Drama Korea 2015.
Penglibatan beliau dalam MBC drama yang terkenal baru-baru ini iaitu ‘W’ berjaya menambat ramai peminat dengan lakonan beliau yang mantap. Dengan kejayaan drama ‘W’ beliau mengambil peluang mengadakan sesi bertemu peminat (fan meeting) di sekitar Asia.
Peminat akan disajikan dengan persembahan beberapa buah lagu dan permainan yang pasti menjanjikan kenangan terindah yang tidak akan mereka lupakan!
Tarikh: 12 Nov 2016, Sabtu
Masa: 7.00 pm
Tempat: MegaBox Convention Centre @ Big Box (Level 3)
Harga Tiket: CAT 1 (VIP) – S$238 / CAT 2 – S$188 / CAT 3 – S$128 (harga tidak termasuk fee tempahan)
KEISTIMEWAAN PEMEGANG TIKET CAT 1
1. 200 peminat bagi pemenang mendapat sesi bergambar (sekumpulan 20 orang)
2. 50 peminat – poster autograf
3. 100 peminat – pas pemeriksaan bunyi (pass sound check party)
Pelancaran tiket CAT 1, CAT 2 & CAT 3 sudah mula dijual dari 24 Oktober melalui www.megaboxtickets.comatau tiket boleh didapati di Bix Box (Level 1 Kaunter Pertanyaan).