Ji Chang Wook Menemui Peminatnya Di Singapura sebagai Duta Shokubutsu

 
Ahad, 6 Disember 2015 – Pelakon sensasi Korea Selatan, Ji Chang Wook buat julung-julung kalinya menjejakkan kaki ke Kota Singapura selaku duta jenama Shokubutsu. Ji Chang Wook dibawakan khas oleh Lion Corporation (S) Pte Ltd bagi mempromosikan produk terbaru mereka iaitu Shokubutsu RevitaCare Body Foam.

Bercakap di sidang media, Ji Chang Wook amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana diberi peluang selaku duta jenama Shokubutsu dan beliau berharap dapat memberikan kerjasama dan interaksi yang baik dalam menjayakan produk Shokubutsu. Ji Chang Wook adalah salah seorang yang pernah memegang watak utama di dalam drama yang bertajuk “Empress Ki”. Drama yang digandingk bersama pelakon wanita terknal Ha Ji Won itu telah mencapai rating yang tertinggi pada tahun 2014. Selepas itu, nama Ji Chang Wook melonjak naik lagi ketika dia memegang watak sebagai seorang yang mengambil upah untuk melakukan pelbagai jenis misi secara haram yang dinamakan “Healer”. Lakonannya yang bersahaja dan tampak begitu bergaya membuatkan dia dipilih sebagai duta produk Shokubutsu.

 
Ji Chang Wook ketika ditemubual di Sidang media
 
Tatkala melihat Ji Chang Wook melangkah masuk ke dewan, peminat mula bersorak kegembiraan. Ji Chang Wook yang kelihatan agak pemalu sangat segak mengenakan pakaian kasual serba hitam ke acara tertutup fan meet yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Singapura. Seramai 80 orang peminat telah memenangi pas ke acara eksklusif fan meet bersama Ji Chang Wook dengan menyertai peraduan menulis artikel mengapa mereka layak memenangi pas ke acara tersebut. Penyertaan artikel bersama pembelian minimum SGD10 barangan produk Shokubutsu melayakkan mereka untuk menyertai peraduan tersebut.
Ji Chang Wook melambai kepada peminat ketika memasuki dewan.
 


Ketika ditemubual di acara fan meet tersebut, Ji Chang Wook berkata beliau sibuk dengan penggambaran adegan terakhir filem terbaru beliau dan hampir tertinggal penerbangan ke Singapura! Di samping itu juga beliau sedang menjalani penggambaran drama produksi di China. Filem dan drama tersebut akan ditayangkan pada tahun depan.

Peminat bertuah telah diberi peluang untuk naik ke pentas dengan mengambil bahagian dalam beberapa permainan. Perwatakan beliau yang mudah mesra dan merendah diri berjaya mencuri hati para peminat. Ternyata beliau amat menghargai sokongan dan kasih sayang dari peminat, kesemua peminat yang mengambil bahagian tersebut membawa pulang poster yang telah ditandatangani (autographed poster) dan berpeluang merakam gambar sebagai kenang-kenangan bersama Ji Chang Wook.  

Sesi bermain beberapa permainan bersama Ji Chang Wook.
Acara terakhir pada petang itu diakhiri dengan merakam gambar bersama para peminat sebelum beliau bergerak ke acara terbuka bertemu peminat di Suntec City Mall. Senyuman manis tidak pernah lekang di bibir Ji Chang Wook dan peminat amat berpuas hati serta gembira dapat melihat beliau secara lebih dekat.
 
Ji Chang Wook bergambar kenang-kenangan bersama peminat.

Ji Chang Wook amat berterima kasih dan sangat gembira dapat bersama-sama semua peminat yang hadir. Beliau berharap semua peminatnya akan mengakhiri tahun 2015 dengan baik dan beliau juga berharap dapat kembali ke Singapura lagi pada masa hadapan.  

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Lion Corporation (S) Pte Ltd dan Likes Communication yang mengundang Buletin Kpop membuat liputan media ke acara tersebut.  Untuk melihat lebih banyak lagi gambar Ji Chang Wook, sila ke facebook kami.

Artikel oleh: Nurul , Foto oleh: Fieza

 
Share on facebook
Share on twitter