Berita gembira buat peminat K-pop di Malaysia. Senarai peserta akhir untuk K-POP WORLD FESTIVAL 2015 telah diumumkan baru-baru ini. 14 pasukan dari seluruh dunia akan membuat persembahan di pentas khas di bandar Changwon pada 30 Oktober ini. Kami teruja apabila mendapat tahu pasukan dari Malaysia iaitu Epsilon Kueen antara salah satu kumpulan yang memasuki pusingan akhir.
Epsilon Kueen akan bertanding dengan 13 kumpulan lagi yang telah memenangi pusingan kelayakan yang telah diadakan di negara masing-masing. Antara negara yang turut layak ke pusingan akhir ialah Australia, Jepun dan Ecuador.
Mereka akan membuat membawakan lagu Voodoo Dolls oleh kumpulan idola VIXX yang mana persembahan ini telah menjadikan juara untuk pusingan kelayakan di Malaysia.
Kami di Buletin Kpop mendoakan kejayaan mereka di Korea. Diharap mereka akan melakukan yang terbaik dan mendapat tempat pertama sekaligus mengharumkan nama Malaysia.
Mari kita tonton video persembahan mereka semasa pusingan kelayakan yang lalu.