Drama terbaru di Oh!K ini mengisahkan bagaimana dua sahabat yang mempunyai misi untuk hidup mewah dan perjalanan hidup yang penuh pengorbanan, tamak dan cita-cita.
Choi Kang Hee membawakan watak Shin Eun Soo yang menjadi pencari nafkah keluarga selepas ayah dia meninggal terkejut apabila dituduh melakukan penipuan. Selepas menghabiskan dua tahun dalam penjara, dia mendapat tahu suaminya dibunuh dan bukan kemalangan seperti dilaporkan. Eun-Soo cuba mencari kebenaran dan ia menunjuk kepada ayah kawan rapatnya iaitu Kang Suk Hyun (Jung Jin Young). Saksikan bagaimana Eun Soo berjaya mengambil semua dan mencuri hati bekas kekasih sewaktu sekolah iaitu Jin Hyung Woo (Joo Sang Wook) dari Iljoo (Cha Ye Ryun)
Pelakon muda Kim Sae Ron dan Nam Joo Hyuk yang membawakan wata Shin Eun Soo dan Jin Hyung Woo sewaktu remaja bakal mencuri perhatian di mana mereka akan muncul dalam beberapa episod terawal drama ini.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah mengejutkan dalam Glamorous Temptation yang telah mula disiarkan pada 6 Oktober yang lalu pada setiap hari Selasa dan Rabu pukul 8.55 malam di Oh!K (Saluran Astro 394).