Kisah Yang Menyayat Hati dalam Everybody Say Kimchi!

Kimchi merupakan makanan wajib yang perlu ada dalam hidangan orang Korea. Ia juga ayat yang digunakan apabila mengambil gambar. Tetapi untuk drama keluarga bersiri terbaru ini akan menyebabkan anda ketawa, menangis dan teruja.
Drama Everybody Say Kimchi menceritakan kisah seorang surirumah yang patah hati dan perniagaan kimchi yang baru dimulakan. Ia bakal disiarkan di Oh!K (Saluran Astro 394).
Yoo Ha Eun (Kim Ji Young) selalu berangan-angan untuk menjadi seorang isteri kepada peguam berkahwin dengan Lim Dong Joon (Won Ki Joon). Tetapi hidup dia mula hancur apabila suaminya meninggalkan dia untuk bersama pelanggan dia Park Hyun Ji (Cha Hyun Jung) yang merupakan waris kepada Kumpulan Taeyang. Dia telah memulakan perniagaan kimchi untuk meneruskan kehidupan selepas pengkhianatan suaminya walaupun menempuh kesusahan selepas bercerai. Dengan bantuan Shin Tae Gyung (Kim Ho Jin), pemilik ladang Haneul, dia bersaing dengan Hyun Ji yang turut mengusahakan perniagaan kimchi. Apabila mereka mendapat tahu tentang rahsia keluarga yang mengejutkan, membuatkan mereka mempersoalkan prinsip hidup, perkahwinan dan orang di sekeliling.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri popular ini di mana seorang surirumah menempuh cabaran menghadapi keperitan dan seksa. Everybody Say Kimchi akan disiarkan mulai 9 September 2015 (Rabu) pada 7.45 malam secara esklusif di Oh!K (Saluran Astro 394). Drama ini boleh didapati audio Bahasa Melayu dan Mandarin. Sarikata berbahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Melayu turut disediakan.
Share on facebook
Share on twitter