Jay Park Meriahkan Pelancaran Semula Butik Coach KLCC

Jay Park, Coach, Malaysia, KLCC, 2015
Jay Park telah melakukan kunjungan singkat ke Kuala Lumpur untuk merasmikan pembukaan semula butik jenama antarabangsa Coach yang telah berlangsung baru-baru ini di KLCC.
Ramai peminat telah menanti sejak petang lagi untuk melihat Jay Park dengan lebih dekat lagi. Kami dengar ada juga yang gigih ke lapangan terbang untuk bertemu dia, walaupun waktu ketibaan awal pagi.
Kedatangan Jay Park juga turut menarik perhatian pengunjung di pusat membeli belah itu yang melihat peminat berkumpul. Acara permaidani merah telah diadakan di mana Jay Park turut menyapa peminat. Beberapa selebriti tempatan juga telah dijemput untuk memeriahkan acara. Antara yang hadir ialah Joe Flizzow, Sona One, Joanne Yew, Juliana Evans, Debbie Goh, Nazim Othman dan Cristina Suzanne. Mereka memakai pakaian dari koleksi terbaru Coach.
Jay Park juga turut berkongsi gambar semasa acara tersebut di Instagram. Dia nampak segak dengan memakai topi.
A photo posted by Jay Park 박재범 (@jparkitrighthere) on
Jay Park telah menghiburkan tetamu yang hadir dalam satu majlis tertutup selepas acara di KLCC dengan mempersembahkan beberapa lagu dari album terbaru dia.
Kami kongsikan gambar-gambar Jay Park dan selebriti Malaysia dari Facebook Coach.
Jay Park, Coach, KLCC, Malaysia, 2015

Jay Park, Coach, KLCC, Malaysia, 2015

Jay Park, Coach, KLCC, Malaysia, 2015

Jay Park, Coach, KLCC, Malaysia, 2015