Jika anda peminat filem Korea, ini berita baik buat anda. 10 filem terbaik Korea boleh ditonton secara percuma pada Festival Filem Korea mulai 20 hingga 23 Ogos ini.
Pelancaran telah dilakukan pada 11 Ogos 2015 oleh Menteri dan Konsulat Jeneral Yoon Chang Yul di GSC Signature, The Gardens Mall. Majlis dimulakan dengan ucapan dan diikuti dengan tayangan filem ‘All About My Wife’.
Festival Filem Korea 2015 ini dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia dan ia memberi peluang buat peminat filem Korea untuk menonton filem Korea yang belum pernah ditayangkan di Malaysia. Untuk festival ini, terdapat pelbagai pilihan genre filem Korea dari filem klasik sehinggalah filem yang meraih anugerah. Filem drama, penuh aksi, romantis dan animasi menampilkan kepelbagaian filem Korea dan pada yang sama penonton boleh melihat budaya semasa Korea.
Berikut adalah jadual tayangan:
20 Ogos
07.00pm “Green Days: Dinosaur And I”
09.10pm “The Front Line”
21 Ogos
07.00pm “Confession of Murder”
09.30pm “Duresori: The Voice of The East”
22 Ogos
11.30am “The Thieves”
02.15pm “Marriage Blue”
04.45pm “The King of Pigs”
06.50pm “My Paparotti”
09.30pm “All About My Wife”
12.00am “Man On the Edge”
23 Ogos
11.30am “The King of Pigs”
01.30pm “All About My Wife”
04.00pm “Man On the Edge”
06.40pm “The Thieves”
09.20pm “My Paparotti”
12.00am “Marriage Blue”
Semua tayangan filem ini adalah percuma berdasarkan pas yang boleh ditebus melalui www.koreanfilmfestival.com.my dan www.gsc.com.my. Ia boleh ditonton di cawangan GSC terpilih iaitu: GSC Pavillion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza Penang, GSC CityONE Megamall Kuching dan GSC Suria Sabah Kota Kinabalu. Semua filem bakal ditayangkan serentak mengikut jadual di semua panggung terpilih.
Pilihan filem memang pelbagai dan ada beberapa filem yang menarik perhatian kami untuk menonton. Tak sabar rasanya untuk pergi menonton wayang. Jangan bimbang kerana kami dimaklumkan sari kata berbahasa Inggeris akan disediakan.