Selain drama Mrs. Cop yang mencuri perhatian penonton setiap malam Selasa dan Rabu, drama terbaru The Gang Doctor akan menemani anda pada setiap Khamis dan Jumaat.
Drama ini yang turut dikenali dengan Yong-Pal dikatakan sebagai versi moden Korea untuk kisah dongeng The Sleeping Beauty. Ia mengisahkan bagainama Kim Tae Hyun yang bekerja secara haram dengan merawat orang kaya dan samseng. Ini semua dilakukan secara rahsia demi membiayai rawatan adik tersayang. Kim Tae Hyun seorang doktor yang genius tetapi selalu dikacau oleh pemungut hutang akibat pinjaman untuk merawat adiknya. Demi mencari duit, dia merawat pesakit dengan yuran yang tinggi. Dia tidak kisah dengan latarbelakang pesakit asalkan mereka membayarnya.
Apabila dia bertemu dengan waris kaya Han Yeo Jin yang sedang koma akibat angkara jahat abang sendiri. Adakah Kim Tae Hyun akan membantu Han Yeo Jin membalas dendam atau sebaliknya.
Drama ini diteraju oleh Joo Won sebagai Kim Tae Hyun dan Kim Tae Hee sebagai Han Yeo Jin serta Jo Hyun Jae (49 Days) dan Chae Jung Ahn (Cain and Abel).