Konsert BIGBANG 2015 WORLD TOUR ‘MADE’ in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 hingga 25 Julai yang lalu di Stadium Putra telah berakhir dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Siri jelajah konsert ini telah bermula di Seoul, Korea pada April yang lalu dan telah singgah ke beberapa negara termasuk Malaysia. Konsert ini juga mencatat sejarah yang tersendiri bagi peminat di Malaysia di mana buat kali pertama konsert telah diadakan selama dua malam berturut-turut dan mendapat sambutan hangat di kalangan peminat. Walaupun sambutan Syawal sedang berlangsung tetapi itu tidak menghalang peminat Muslim untuk pergi ke konsert ini.
Jadual setiap ahli BIGBANG yang terdiri daripada G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung dan Seungri memang padat kerana setiap tarikh konsert begitu dekat. Mereka tiba di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum konsert bermula pada hari pertama dan pulang sebaik selepas persembahan mereka pada keesokan harinya.
Walaupun mereka keletihan tetapi itu tidak memberikan mereka alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik buat peminat di sini. BIGBANG telah berkongsi gambar konsert melalui Facebook mereka, mari lihat gambar-gambar tersebut.
Ikuti kami di: