Oh!K Siarkan Drama Bersiri Don’t Make Her Cry

Don’t Make Her Cry, Kim Jung Eun, Song Chang Eui, 2015, Oh!K, Astro
Selepas drama Warm and Cozy berakhir pada minggu yang lalu, OH!K (Saluran Astro 394) mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri keluarga dan romantik, Don’t Make Her Cry lakonan Kim Jung Eun dan Song Chang Eui.
Drama ini juga turut dikenali dengan tajuk Make a Woman Cry dan Let the Woman Cry ini akan disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 8.55 malam bermula 6 Ogos 2015.
Drama bersiri 40 episod ini mengisahkan seorang bekas detektif homosid iaitu Jung Deok In (lakonan Kim Jung Eun) yang berhenti kerja selepas kematian anak lelaki tunggalnya. Untuk mengingati memori anaknya, dia kini membuka gerai makanan di hadapan sekolah anaknya, di mana dia juga cua melindungi anak-anak jiran dan pelanggan dari dibuli dan bahaya yang lain. Dalam Deok In cuba mencari kebenaran di sebalik kematian anaknya, dia melalui proses penyembuhan dan pemaafan yang sukar.
Barisan pelakon yang turut berlakon dalam drama ini ialah Song Chang Eui (gambar di poster) sebagai Kang Jin Woo, Ha Hee Ra (Na Eun Soo) dan Oh Dae Gyu (Kang Jin Myung). Bekas ahli kumpulan MBLAQ iaitu Cheon Dung yang kini menggunakan nama sebenar Park Sang Hyun turut berlakon dalam drama ini sebagai Kang Hyun Seo.
Ia juga boleh didapati dengan audio di dalam Bahasa Malaysia and Mandarin sementara sarikata tersedia dalam English, Cina & Bahasa Malaysia.

Don’t Make Her Cry, Kim Jung Eun, Song Chang Eui, 2015, Oh!K, Astro
Don’t Make Her Cry, Kim Jung Eun, Song Chang Eui, 2015, Oh!K, Astro
Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter