Joo Won dan Kim Tae Hee teraju drama baru Yong-Pal!

Yong-Pal, Joo Won, Kim Tae Hee, SBS, ONE HD, Drama, Korea

Pelakon Joo Won dan Kim Tae Hee akan berganding buat pertama kali dalam drama terbaru Yong-Pal. Ini drama Korea terbaru di ONE HD yang bakal disiarkan dalam masa 24 jam selepas disiarkan di Korea.

Joo Won (Naeil Cantabile, Good Doctor) akan membawakan watak seorang yang pintar dalam bidang perubatan, mempunyai kemahiran pembedahan dan perubatan yang mengagumkan tetapi dia juga seorang yang teramat biadap dan akan melakukan apa sahaja demi duit. Terbeban dengan hutang yang disebabkan oleh rawatan dialisis yang diperlukan oleh adik perempuannya, dia mula melakukan rawatan ke rumah kepada orang kaya dan menjadi rakan subahat dalam urusan yang tidak jujur.
Ini merupakan drama pertama Joo Won di SBS dan juga kali kedua memegang watak sebagai doktor.
Kim Tae Hee (Jang Ok Jung, My Princess) pula memegang watak seorang waris yang kaya tetapi berada di dalam koma disebabkan abangnya ingin membolot harta bahagian si adik. Selepas wakta Joo Won menyelamatkan dia dari kesengsaraan yang ditanggung, dia merancang pelan untuk membalas dendam terhadap mereka yang terlibat.
Drama Yong-Pal kini sedang menjalani penggambaran dan akan disiarkan dalam bulan Ogos selepas drama Mask berakhir di ONE HD (Astro B.yond Saluran 393). Drama ini akan disiarkan mulai 6 Ogos, setiap Khamis dan Jumaat pada 8.55 malam.

Yong-Pal, Joo Won, Kim Tae Hee, SBS, ONE HD, Drama, Korea

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter