Hyun Min-A Dilantik Sebagai Model Jenama Fesyen Korea J FNC

HyunminA, Ajieb Rosdi, Korea, Model, Fesyen, J FNC
Sudah lama kami tidak mendengar berita terkini perkembangan Ajieb Rosdi atau kini lebih dikenali sebagai Hyun Min-A. Baru-baru ini kami mendapat berita yang dia kini menjadi model jenama rasmi J FNC iaitu jenama pakaian lelaki dari Korea Selatan.
Tahniah kami ucapkan buat Hyun Min-A yang tidak jemu mengejar impian di Kota Seoul di sana. Rezeki Ramadan katakan. Kontrak yang telah ditandatangani bermula Julai 2015 kebetulan sama dengan tarikh lahir Hyun Min-A pada bulan Julai ini. 
Menurut En. Jun Iksoo, CEO J FNC “Pemilihan Hyun Min-A sebagai model kerana dia mempunyai personaliti yang menarik dan kena dengan koleksi rekaan pakaian kami. Dia juga turut memberi pandangan dan mengenai rekaan yang sesuai dengan lelaki dari Asia Tenggara. “
Jenama pakaian ini dibuat sepenuhnya di Korea dan mereka kini sedang merancang untuk mencari pengedar untuk pasaran Asia Tenggara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama ini, ikuti J FNC di Facebook dan Instagram
HyunminA, Ajieb Rosdi, Korea, Model, Fesyen, J FNC

HyunminA, Ajieb Rosdi, Korea, Model, Fesyen, J FNC

HyunminA, Ajieb Rosdi, Korea, Model, Fesyen, J FNC

HyunminA, Ajieb Rosdi, Korea, Model, Fesyen, J FNC
Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter