Apa yang akan berlaku apabila seorang nenek pulang ke pangkuan keluarga selepas hilang tanpa khabar berita selama 50 tahun?
Saingan berlaku di kalangan ahli keluarga apabila nenek mereka pulang secara tiba-tiba dari Amerika Syarikat selepas pergi tanpa khabar berita selama 50 tahun. Mengejutkan lagi apabila nenek ini pulan dengan harta pusaka yang besar dengan niat untuk membahagikan hartanya itu kepada anak dan cucu. Drama The Family Is Coming ini akan menceritakan persaingan yang bakal berlaku di kalangan ahli keluarga untuk melayakkan mereka mendapat harta pusaka ini.
Saksikan lakonan Lee Jung Hyun (The Great King Sejong, Beautiful Days), Jin Yi Han (My Secret Hotel, A New Leaf) dan Oh Sang Jin (Sweden Laundry, My Love From the Star) bersaing antara satu sama lain untuk mendapat harta nenek mereka. Drama ini berdasarkan novel popular “Halmaega Dolawatda” oleh Kim Bum.
Akan datang di ONE HD (Astro B. yond Ch 393) bermula 29 Julai ini, drama The Family is Coming akan menemui anda setiap Selasa hingga Jumaat pada 7.40 malam. Drama ini juga boleh didapati dalam audio Bahasa Melayu dan Mandarin.
Ikuti kami di :