Buat pertama kali 2015 K-POP World Festival telah diadakan di Malaysia pada 14 Jun yang lalu. Ia adalah kerjasama antara Astro, KBS World dan Kedutaan Republik Korea di Malaysia.
Alex Goh dan Epsilon Kueen selangkah lagi untuk merealisasikan impian mereka selepas terpilih sebagai pemenang di 2015 K-POP World Festival in Malaysia. Mereka bakal mewakili Malaysia di peringkat akhir di bandar Changwon, Korea. Alex menjuarai kategori vokal dengan lagu ‘I want to fall in love’ nyanyian asal Kim Johan, sementara gadis-gadis dari Epsilon Kueen pula menari sepenuh hati dengan lagu BTS (Danger, Concept Trailer dan Attack on Bangtan) dan VIXX (Voodoo Doll). Fuxion Dance Crew pula memenangi untuk kategori KBS World sementara kumpulan cilik HIM dianugerahkan untuk kategori VIXX.
Penyertaan untuk uji bakat telah diadakan terlebih dahulu dan juri telah menyenaraikan 12 pasukan untuk membuat persembahan di festival ini. Antara pasukan itu ialah Fuxion Dance Crew, FXN, P.A.S, Double F, Variance, HIM, Villainess, Yiting Tan, Zetty Lee dan DuoFrio,
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasukan-pasukan ada antara mereka ini yang memang popular di sini sejak beberapa tahun yang lalu. Mereka aktif menyertai pertandingan yang diadakan di sekitar ibu negara malahan di peringkat antarabangsa yang menganjurkan pertandingan tarian K-Pop. Ada juga muka baru yang mencuba nasib.
Para peminat kumpulan VIXX juga turut teruja menyaksikan kumpulan kegemaran mereka di sini. VIXX telah menghiburkan peminat dengan lagu popular mereka seperti ‘On and on’, ‘Light up the darkness’ dan ‘Error’. Peminat juga turut bersorak dan menyanyi bersama. Sebelum itu mereka juga turut menjalankan tugas selaku juri bagi pemilihan peringkat Malaysia.
VIXX membuat persembahan selepas menyaksikan 12 pasukan bertanding. Mereka juga turut memberi ulasan yang membina untuk setiap pasukan. Peminat telah menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun buat N yang juga ketua kumpulan VIXX yang menyambut hari lahirnya pada 30 Jun. Kami pasti acara kejutan ini pasti menjadi kenangan terindah buat dia.
Acara ini merupakan pertandingan K-Pop yang diadakan setiap tahun di peringkat global oleh Kementerian Luar Negeri Korea Selatan dan tahun ini merupakan tahun yang kelima penganjuran festival ini. Pertandingan bermula di setiap negara yang dianjurkan oleh kedutaan Korea di luar negara. Tahun ini pusingan awal telah diadakan di 63 negara termasuk Malaysia.
Sidang media telah diadakan sebelum pertandingan berlangsung dan turut dihadiri oleh VIXX. Lagi gambar-gambar di acara ini, sila KLIK sini. Buletin Kpop ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami.
Ikuti kami di :