Mempunyai kesihatan minda dan tubuh yang baik dikaitkan dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat. Selain itu, kecantikan dalaman dan luaran turut memainkan peranan kerana ianya akan menyerlahkan lagi penampilan dan menambahkan keyakinan.
Baru-baru ini, Korea Tourism Organization Kuala Lumpur (KTO KL) telah menganjurkan satu pameran kecantikan iaitu Imagine your Korea: Wondrous K-Beauty Showcase bertempat di Korea Plaza. Ceramah, demonstrasi, nasihat dan rundingan, semua yang anda perlu tahu mengenai kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan cara Korea diperkenalkan di acara tersebut.
Acara yang berlaku sepanjang hari itu telah dibahagikan kepada beberapa segmen yang menarik dan berinformasi. Mereka yang ingin menghadiri sesi ceramah dan panel dikehendaki mendaftar. Sesi penerangan telah dilakukan oleh pakar kesihatan dari Korea mengenai perubatan tradisional dan moden untuk kecantikan.
Pembedahan kosmetik memang terkenal di Korea dan ramai pelancong telah ke sana semata-mata untuk membuat rawatan muka dan sebagainya. Empat pusat kesihatan terkenal di Korea telah dijemput untuk menerangkan produk masing-masing.
4ever Network menyediakan pusat sehenti untuk perkhidmatan mereka dan menarik minat pengunjung asing kerana kemudahan bahasa. OracleClinic pula ialah klinik penjagaan kulit yang menyediakan perkhidmatan mengikut jenis kulit individu. Banobagi pula klinik yang menawarkan khidmat pembedahan kosmetik dan khidmat yang terbaik. Akhir sekali ialah Medical Palace iaitu rawatan tradisional perubatan Korea yang merawat punca masalah untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Selepas itu, mereka menunjukkan demonstrasi terhadap produk mereka dan memang menakjubkan kerana terdapat prosedur yang dilakukan hanya mengambil beberapa minit sahaja dengan kesan yang menakjubkan.
Selain itu, KTO juga menyediakan sesi pemakaian hanbok secara percuma, demonstrasi masakan iaitu resepi bulgogi dan kimchi dan juga persembahan tarian K-Pop. Untuk mengikuti pelbagai aktivitI anjuran KTO lawati laman web mereka.
Ikuti kami di :