Peminat drama Korea kini berpeluang untuk menonton drama kegemaran mereka melalui perkhidmatan perkhidmatan penstriman filem dan drama iflix yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia.
Perkhidmatan ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk mengikuti drama di kaca TV atau ingin menonton drama-drama terdahulu dari koleksi perpustakaan mereka. Asalkan anda mempunyai Internet kelajuan pantas sudah boleh menonton di iflix tanpa sebarang gangguan.
Di sini kami ingin berkongsi lima sebab kenapa anda mesti menonton drama Korea di iflix.
1. Saluran yang sah dan yuran yang rendah
– Anda kini boleh menonton drama Korea melalui saluran yang sah dan tidak perlu lagi menonton secara ‘haram’. Walaupun terdapat beberapa perkhidmatan yang sama untuk drama Korea tetapi mereka tidak menyediakan perkhidmatan untuk penonton di Malaysia. Dengan hanya RM8 sebulan anda boleh menonton sebanyak mana drama Korea yang anda mahu dan ini termasuk juga program-program lain yang sedia ada.
2. Tiada iklan
– Sebagai penonton, kalau boleh anda pasti tidak mahu tumpuan sewaktu menonton drama diganggu oleh paparan untuk iklan. Tiada iklan sebelum drama bermula atau dalam masa sela 10 minit atau di pertengahan episod dan tiada iklan di hujung siaran. Tiada iklan bermaksud kami tak perlu nak tekan butang hadapan atau menunggu ia habis.
3. Boleh diakses sehingga 5 peranti yang berbeza dengan kata laluan yang sama
– Anda boleh menonton drama Korea menggunakan komputer, komputer bimbit, telefon pintar, tablet, netbook atau apa sahaja alat yang mempunyai keupaayaan untuk menonton. Dengan penggunaan kata laluan yang sama memudahkan lagi anda untuk menonton di mana sahaja menggunakan alat peranti kegemaran anda. Ini juga bermakna anda boleh berkongsi alat peranti dengan ahli keluarga di rumah.
4. Episod lengkap untuk setiap drama Korea
– Kami mendapati setiap drama mempunyai semua episod lengkap. Anda tidak perlu menanti episod baru untuk dilihat dan boleh menghabiskan drama mengikut pilihan anda.
5. Fungsi menonton kembali episod setelah ditinggalkan
– Jika anda sedang menonton drama dan kemudian melakukan aktiviti lain, anda masih boleh menonton kembali adegan terakhir yang anda saksikan. Ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menonton kembali adegan kegemaran mereka atau terlupa episod atau adegan terakhir yang mereka tonton.
6. Terdapat fungsi sarikata dalam bahasa Inggeris
– Fungsi ini merupakan yang paling penting buat peminat drama Korea untuk mengikuti drama kegemaran mereka. Buat masa ini mereka hanya ada satu pilihan bahasa sahaja dan diharap di masa hadapan akan ada pilihan untuk bahasa Melayu. Kualiti sarikata dalam bahasa Inggeris bagus, konsisten dan mudah difahami.
7. Perkhidmatan pelanggan yang baik
– Kami mendapat kesukaran sewaktu ingin menggunakan perkhidmatan iflix dan terus menghantar emel untuk bantuan teknikal. Tidak sampai 12 jam masalah diselesaikan dan mereka membalas pertanyaan. Di samping itu, mereka turut menghantar soalan kaji selidik untuk menilai prestasi mereka. Terasa kami dihargai dan perkhidmatan mereka memang terbaik.
Buat masa ini untuk peminat proram hiburan dari Korea, iflix hanya mempunyai pilihan bagi drama sahaja. Kami harap mereka akan menyediakan filem dan proram hiburan dari Korea di masa akan datang.
Ikuti kami di :