Berita gembira buat peminat CNBLUE di sini, mereka telah dijadualkan untuk bertemu peminat di Malaysia pada 4 Julai ini di Mid Valley Megamall.
Kedatangan mereka kali ini selaku duta fesyen untuk jenama The Class dari Korea yang kini popular di sana dan China. CNBLUE yang terdiri daripada Yonghwa, Jonghyun, Minhyuk dan Jungshin dipilih sebagai model kerana imej mereka sebagai ahli band sesuai dengan koleksi pakaian jenama ini.
Maklumat acara seperti berikut:
Tarikh : 4 Julai 2015 (Sabtu)
Masa : 1 petang
Tempat : South Court, Mid Valley Megamall
Dimaklumkan juga bahawa acara tersebut berlangsung dalam bulan Ramadan.
Kedai pakaian The Class telah dibuka sebanyak tiga cawangan di Malaysia iaitu di Mid Valley, Parkson KLCC dan Parkson IOI City Mall Putrajaya.
The Class akan memberi pass kepada peminat, ikuti laman Facebook mereka untuk mengikuti perkembangan terkini.
Ikuti kami di :