Mesti penonton setia ONE sudah menonton iklan “PPALI-PPALI” di saluran Astro 393. Bagi yang tak tau ia bermaksud “cepat, cepat” dalam bahasa Melayu. Iklan tersebut amat menarik bukan.
Bermula bulan ini, ONE akan menyiarkan drama terbaru di slot waktu perdana dari Korea melalui slot “PPALI-PPALI” iaitu drama tersebut akan disiarkan kurang 24 jam sebaik sahaja ia disiarkan melalui rangkaian penyiar SBS di Korea. Lagi berita baik yang menyusul, drama yang akan disiarkan ini juga akan mempunyai sarikata dalam bahasa Melayu untuk melengkapkan lagi pengalaman menonton drama.
Untuk slot tayangan drama “PPALI-PPALI” ini, drama yang disiarkan setiap Isnin dan Khamis malam kini berubah waktu siaran pada setiap Selasa hingga Jumaat pada 8.55 malam.
Drama pertama yang akan disiarkan dalam slot ini ialah Mask, melodrama yang mengisahkan seorang wanita menggunakan identiti wanita lain untuk menyertai dunia keluarga elit. Perwatakan dia yang berbeza dari wanita elit yang lain menarik minat seorang pewaris muda yang berkarisma tetapi tertekan. Drama ini menampilkan barisan pelakon berbakat iaitu pelakon wanita Soo Ae (Queen of Ambition, A Thousand Days’ Promise), Joo Ji Hoon (Medical Top Team, Five Fingers), Yeon Jeong Hoon (I Summon You, Gold!, Vampire Prosecutor 2) dan Yoo In Young (The Three Musketeers, My Love From the Star).
Mask akan disiarkan bermula pada 28 Mei, dalam masa 24 jam selepas disiarkan di Korea. Episod baru akan disiarkan setiap Khamis dan Jumaat pada 8.55 malam, pertama dan secara esklusif di ONE.
Soo Ae
Joo Ji Hoon
Yeon Jeong Hoon
Yoo In Young
Ikuti kami di: