Jom Menonton Filem “Gangnam Blues” Bersama MINOZ Malaysia

Semakin banyak filem Korea Selatan masuk ke negara kita baru-baru ini. Filem “Gangnam Blues” yang dilakonkan oleh pelakon lelaki popular Asia Lee Minho (Our School’s E.T.) dan Kim Rae Won (A Wonderful Moment) juga tidak melepaskan peluang. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 21 Mei 2015 di pawagam-pawagam terpilih. 
Sehubungan dengan itu, kelab peminat Lee Min Ho (MINOZ MALAYSIA) akan mengadakan sesi menonton filem ini bersama-sama peminat Lee Min Ho dan Kim Rae Won yang lain di GSC, 1Utama pada 23 Mei 2015 ini. Tiket hanya berharga RM13.50 untuk seorang termasuk GST. Di samping itu, MINOZ MALAYSIA juga menawarkan beberapa hadiah menarik untuk cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah yang diberikan berupa barangan Lee Min Ho yang bernilai sehingga RM300.00. Menarik bukan? Apa tunggu lagi? Mari sertai MINOZ yang lain, sambil-sambil itu, bolehlah menambah kenalan baru anda. Jangan lupa, filem ini hanya untuk tontonan mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Adik-adik  yang masih bersekolah, tak boleh tengok ya? 
Maklumat berkenaan acara sesi menonton Gangnam Blues seperti di bawah.
kim rae won, lee min ho, gangnam blues, 2015, malaysia. filem

Mereka yang berminat sila hubungi [email protected] untuk RSVP dan keterangan lanjut. Cepat! Cepat! terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa cepat, dia dapat!

Ikuti kami di :