Dari hari ke hari, makin banyak filem Korea ditayangkan di Malaysia. Ini memang berita baik bagi kaki wayang yang meminati filem-filem ini. Filem terbaru yang akan ditayangkan ialah filem aksi Gangnam Blues yang dibintangi oleh Lee Min Ho dan Kim Rae Won.
Walaupun filem ini telah diklasifikasi kepada 18 di untuk tayangan di Malaysia kerana mengandungi aksi ganas tetapi ia masih menarik perhatian penonton dan pengedar kerana filem ini telah dijual di banyak negara
Gangnam Blues yang telah ditayangkan di Korea pada 21 Januari yang lalu akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 21 Mei. Mari baca sinopsis filem ini.
Filem ini berlatarbelakangkan zaman 1970an di mana rasuah dalam politik berleluasa pada ketika itu. Sewaktu pembangunan kawasan Gangnam di Seoul, dua sahabat baik iaitu Jongdae (lakonan Lee Min Ho) dan Yongki (Kim Rae Won) berusaha menjalani hidup mereka setiap hari. Apabila rumah mereka dimusnahkan oleh samseng jalanan, mereka terdesak dan memerlukan wang. Mereka menyertai pertempuran politik dan akibatnya telah terpisah. Tiga tahun kemudian, Jongdae hidup sebagai seorang lelaki yang jujur bersama-sama bekas ketua samseng Kilsu (Jung Jin Young), manakala Yongki pula menyertai sebuah organisasi jenayah Seoul yang berkuasa iaitu Myeongdongpa.
Menarik sekali apabila lagu Anak nyanyian Freddy Aguilar menjadi lagu latar belakang untuk treler filem ini. Lagu Filipina ini telah popular sejak tahun 1980 lagi termasuk di Malaysia.
Adakah anda akan menonton filem ini di pawagam kelak? Kongsikan bersama kami.
Ikuti kami di :