Gila K-pop? Gila BIGBANG? Sertai Ujibakat Akademi HOTLINK!


Posted by Hotlink on Monday, 11 May 2015

Hotlink sudah menggila dengan K-Pop dan akan terus menerus memberikan pengalaman konsert dan acara yang bermakna buat peminat K-Pop di Malaysia. Selepas berjaya membawa Taeyang pada Februari lalu dan Royal Pirates awal bulan ini, Hotlink dengan bangganya ingin mengumumkan sebagai Penaja Rasmi Telekomunikasi untuk konsert K-Pop terbesar pada tahun ini – BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA – dimana bintang besar K-Pop ini akan beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25hb Julai 2015.

Pengguna Hotlink berpeluang menjadi yang PERTAMA untuk membeli tiket konsert BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA melalui BARISAN KHAS HOTLINK pada 17hb Mei, di Quill City Mall, KL.

Langkah-langkah:
1. Muat turun aplikasi Hotlink RED secara percuma di hotlink.com.my/red
2. Di Hotlink RED app, pilih “Feedback” > Di bawah “Category”, pilih “LIVE.LIFE.LOUD” > Di bawah “Message” taipkan “I LOVE BIGBANG

Tarikh tutup: 14hb Mei 2015

40 penyertaan pertama akan mendapat tempat di BARISAN KHAS HOTLINK dan akan dihubungi pada 15hb Mei 2015.

Selain itu, Hotlink juga mengadakan AKADEMI KPOP HOTLINK dimana Hotlink akan memilih 5 peminat tegar K-pop untuk ditransformasikan menjadi idola K-pop kegemaran mereka. Mereka yang terpilih akan diberi kelas tarian K-pop, kelas nyanyian, “makeover” dan digayakan seperti idola K-pop kegemaran mereka. Selepas transformasi k-pop, mereka akan menjadi bintang video muzik K-pop Hotlink! Malah, mereka juga akan mendapat akses istimewa untuk konsert K-Pop Hotlink yang akan datang. Pengalaman mereka semasa di akademi akan disiarkan sebagai dokumentari laman web berepisod di saluran Youtube Hotlink pada Jun ini.

Uji bakat untuk AKADEMI KPOP HOTLINK

Hantar video anda ke [email protected]. Dalam video anda:
1. Buktikan bahawa anda peminat K-pop nombor satu!
2. Tunjukkan bakat tarian dan nyanyian terbaik anda.
3. Dalam bahasa Korea, kongsi sesuatu tentang diri anda.

Tarikh tutup: 14 Mei 2015.
Anda metilah berumur antara 18 hingga 35 tahun. Mereka yang terpilih akan dihubungi pada 15hb Mei 2015.

Sila lawati laman sesawang (https://www.hotlink.com.my/en/livelifeloud/k-pop_academy.html) untuk maklumat lebih lanjut.

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter