Harga Tiket Konsert BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA Julai Ini

BIGBANG, Made, MALAYSIA, Konsert, Poster
Tiket untuk konsert BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA akan mula dijual pada Ahad ini.
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, konsert ini akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 25 Julai 2015, pukul 6 petang, Sabtu. Ini merupakan kali kedua mereka mengadakan konsert di sini selepas konsert ‘BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 in Malaysia’ yang telah dihadiri oleh 15,000 peminat dalam negeri dan luar negara.
Konsert ini bersempena dengan pelancaran album terbaru mereka berjudul, ‘MADE’. Muzik video lagu terbaru mereka iaitu ‘Loser‘ yang dikeluarkan baru-baru ini telah ditonton lebih 10 juta kali di laman YouTube dalam masa kurang dari 4 hari. Konsert pertama untuk siri jelajah MADE telah diadakan di Seoul pada akhir bulan April selama dua hari.
Pelancaran tiket konsert “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” akan diadakan pada 17 Mei ini (Ahad) bertempat di ruang legar Quill City Mall dari pukul 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Setiap orang boleh membeli maksimum 8 tiket untuk mana-mana kategori tiket. Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke acara pelancaran tiket, boleh membeli tiket melalui laman web TicketCharge bermula dari 17 Mei (Sabtu) pada jam 5:00 petang. Pembeli tiket Rock Zone A, B, VIP Cat 1 bakal memenangi tiket “Sound Check” secara cabutan bertuah.
Sementara itu, tiket-tiket juga boleh didapati di kedai-kedai terpilih seperti pejabat TicketCharge, pejabat IME Productions, kedai muzik Speedy, Rock Corner, Pusat muzik Victoria, NEWAY Karaoke bermula pada pukul 10:00 pagi, 18 Mei (Isnin) atau menghubungi TicketCharge Hotline +603- 92228811 atau IME Productions di +603-21666166 untuk pembelian tiket.
BIGBANG, Made, MALAYSIA
Harga tiket konsert untuk “BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] IN MALAYSIA” seperti berikut:
* Rock Zone A – RM798 (Berdiri bebas)
* Rock Zone B – RM698 (Berdiri bebas)
* VIP Cat 1 – RM698 (Kerusi bernombor)
* Cat 2 – RM598 (Kerusi bernombor)
* Cat 3 – RM498 (Kerusi bernombor)
* Cat 4 – RM288 (Kerusi bernombor)
** Semua harga termasuk 6% GST tapi tidak termasuk kos pengendalian RM4.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook penganjur IME Productions  atau Facebook rasmi BIGBANG.

Ikuti kami di:
Share on facebook
Share on twitter