VIXX Akan Hadir Sempena 2015 K-POP World Festival di Malaysia

2015 K-POP World Festival di Malaysia, VIXX
Buat pertama kali Kedutaan Korea di Malaysia akan menganjurkan 2015 K-POP World Festival in Malaysia. Acara yang telah dianjurkan untuk peminat K-Pop di seluruh dunia kini tiba di Malaysia. Festival ini telah berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu di banyak negara.
Jika anda mempunyai bakat menyanyi, menari atau kedua-dua sekali dengan lagu K-Pop boleh menyertai acara yang dianjurkan. 
Pihak kedutaan akan menilai video yang telah dihantar dan akan memilih 12 peserta yang akan bertanding di peringkat saringan di Malaysia pada 14 Jun ini.
Dari 12 peserta, hanya 2 peserta yang mewakili kategori tarian dan nyanyian akan diberi peluang menyertai peringkat seterusnya di Korea. Pertandingan ini akan disiarkan menerusi KBS World TV yang boleh ditonton di 100 buah negara.

Kumpulan VIXX juga dijadualkan akan menghadiri acara ini. Samada menjadi juri jemputan atau turut membuat persembahan itu tidak diketahui lagi.
Jika anda mempunyai bakat atau tahu sesiapa yang berminat, bertindak sekarang.
> Tarikh akhir untuk penyertaan video :  31 Mei, 2015
> Pertandingan Saringan : 14 Jun, 2015
> K-Pop World Festival: Oktober ini
> Hantar kepada : [email protected]
> Maklumat lanjut : Boleh baca di sini

Kami berharap pada mereka yang berbakat besar akan mengambil bahagian dalam acara ini dan kami tak sabar untuk melihat persembahan anda.

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter