Maraton Drama Angry Mom di Oh!K Sempena Hari Ibu

Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Ji Hyun Woo, 2015, Oh!K

Tiada kata-kata atau harta melimpah yang dapat menandingi kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Sempena sambutan Hari Ibu yang bakal disambut pada 10 Mei ini, Oh!K akan menyiarkan maraton istimewa drama Angry Mom pada hari Ahad ini di Saluran Astro 394.

Drama ini dibintangi pelakon jelita Kim Hee Sun sebagai Jo Gang Ja dan pelakon remaja Kim Yoo Jung sebagai Oh Ah Ran. Ia mengisahkan seorang ibu penyayang yang sanggup berbuat apa sahaja dan berhadapan dengan pembuli anaknya dengan menjadi pelajar sekolah menengah kembali.

Gandingan mereka berdua di dalam drama menarik perhatian penonton drama kerana kisah mereka begitu dekat di hati penonton Korea. Kim Hee Sun juga banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat pada Kim Yoo Jung dalam menjayakan adegan tertentu agar lakonan dia nampak lebih kemas dan meyakinkan.
Selain tips lakonan, Kim Hee Sun yang terkenal dengan kecantikan awet mudanya seperti yang dapat dilihat dalam drama ini dimana dia melakonkan watak sebagai pelajar sekolah menengah turut berkongsi tips kecantikan buat Kim Yoo Jung untuk diamalkan.
Maraton drama ini akan berlangsung selama enam jam bermula pada pukul 5.15 petang. Jika anda terlepas menonton drama ini di awal siaran, pastikan jangan ketinggalan untuk menonton kembali.

Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Oh!K

Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Oh!K

 Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Oh!K

 Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Oh!K

 Angry Mom, Kim Hee Sun, Kim Yoo Jung, Oh!K

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter