Filem Twenty Bakal Ditayangkan di Pawagam Malaysia

filem, twenty, korea, malaysia, 2015, kim woo bin, lee jun ho, 2pm, kang ha neul

Tahun ini filem-filem Korea mula menjenguk pasaran tempatan dan memberi kaki wayang lebih banyak pilihan filem. Selepas filem Ode to My Father yang kini sedang ditayangkan, filem romantik komedi Twenty pula dikhabarkan akan berada di pawagam.
Filem Twenty ialah komedi yang mengisahkan tentang persahabatan dan kehidupan tiga lelaki di awal umur 20-an. Membariskan pelakon popular masa kini Kim Woo Bin (The Con Artists), ahli 2PM Lee Jun Ho (Cold Eyes) dan Kang Ha Neul (Empire of Lust). Filem ini mencatatkan bilangan penonton terbanyak semasa mula ditayangkan di Korea pada bulan Mac yang lalu.
Kami mendapat tahu bahawa pengedar filem ini di Malaysia iaitu Asia Tropical Films sedang merancang untuk membawa barisan pelakon filem ini untuk sesi bertemu peminat. Kami berharap segala rancangan mereka akan berhasil dan ini membuatkan kami tak sabar untuk menonton filem ini di pawagam.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi filem ini, ikuti Facebook Asia Tropical Films.

Ikuti kami di :
Share on facebook
Share on twitter