GOT7 Gembira Dapat Bertemu Peminat Singapura

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015
Tujuh anak muda yang menggelarkan diri mereka GOT7 hadir bagi menjayakan 1st Fan Meeting in Singapore pada hari Sabtu 25 April yang lalu. Mereka hadir ke Singapura buat kali pertama untuk bertemu dan berinteraksi bersama para peminat.
Hampir ke semua tiket fan meeting habis dijual. Peminat-peminat setia dari negara jiran Thailand, Korea dan Indonesia malah peminat dari Malaysia juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari GOT7.
GOT7 yang dianggotai oleh JB (ketua), Jr., Jackson, Mark, BamBam, Youngjae dan Yugyeom telah memukau para peminat dengan mendendangkan lagu  balada mereka seperti “Gimme“, “Moonlight” dan “Forever Young“. Kumpulan dari JYP Entertainment ini cukup istimewa kerana mereka mempunyai tiga anggota yang berasal dari Thailand (BamBam), Hong Kong (Jackson) dan Amerika Syarikat (Mark).
Mereka tidak mempunyai kesukaran untuk berinteraksi dengan peminat-peminat mereka.  Malah BamBam sempat menterjemahkan peraturan permainan kepada peminatnya yang juga berasal dari negara Thailand.  Ahli GOT7 yang berasal dari Korea pula tidak mengecewakan kerana mereka juga cuba untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Peminat yang bertuah telah diberi peluang naik ke pentas untuk mengambil bahagian dalam permainanan seperti cat walkala model bersama-sama ahli GOT7 dan meneka suara ahli kumpulan tersebut sambil memakai penutup mata.  Peminat yang mengambil bahagian telah membawa pulang poster bertandatangan dan pemenang utama berpeluang mengambil gambar kenang-kenangan bersama ahli GOT7.  Jelas kelihatan GOT7 rasa terhibur dan seronok  berada di atas pentas kerana mereka kerap ketawa dan mengusik antara satu sama lain dalam permainan dan juga sesi
soal jawab.

Kallang Theatre dipenuhi dengan hilai tawa kegembiraan dan sorak tempik para peminat sepanjang dua jam fan meeting berlangsung.  GOT7 mengakhiri malam yang indah dengan mempersembahkan lagu hit mereka iaitu “A“, “Girls Girls Girls” dan “Bounce” sebagai lagu encoremereka.
Walaubagaimanapun, acara fan meeting tidak berakhir di situ sahaja. Seramai 100 pemenang cabutan bertuah dari Kategori 1 berpeluang bergambar bersama ahli GOT7.  Manakala 50 pemenang dari Kategori 2 pula membawa pulang album autograph Identify. 100 pemenang dari Kategori 3 & 4 pula berpeluang berinteraksi menerusi hi-five dengan mereka.
Peminat juga berharap agar GOT7 dapat kembali ke Singapura dengan konsert penuh pada masa hadapan.  Kami dari Buletin Kpop berterima kasih kepada pihak penganjur LEAP-IMS yang sudi menjemput kami.
GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Bambam

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Jackson

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, JB

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Jr.

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Mark

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Youngjae

GOT7, Singapura, fan meeting, 2015, Yugyeom
Artikel oleh:  Siti Suhaila/Nurul

Ikuti kami di: